berita

Lisa Surihani & Dr Liyana Kongsi Tips Penjagaan Wajah Paling Mudah Untuk Kulit Sensitif!

November 19th, 2021 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Siapa tak nak kulit mulus dan bersih bak selebriti kan? Kadang-kadang cemburu juga bila tengok kulit diorang sentiasa elok je. Tapi ramai yang tak tahu sebenarnya selebriti pun berdepan masalah kulit tau.

Sama juga macam Lisa Surihani yang mengakui dia pernah breakout teruk ketika mengandungkan anak keduanya 4 tahun lalu. Haa.. Mesti ramai yang boleh relate kan?

Bukan perempuan je yang struggle dengan masalah breakout ni tapi lelaki pun turut terkesan. Malah, melalui tinjauan yang dijalankan Cetaphil Malaysia hanya 3 daripada 10 rakyat Malaysia merasakan mereka mempunyai kulit yang sihat.

Sementara selebihnya percaya mereka mengalami tanda kulit sensitif seperti pelindung kulit lemah, kekeringan, iritasi, kekasaran serta ketegangan.

Khusus bagi mengupas pemasalahan ni, Cetaphil Malaysia telah mengadakan satu sesi live dengan duta mereka iaitu Lisa Surihani sendiri dan Lizz Chloe bersama pakar dermatologi klinikal jemputan dari Fakulti Perubatan Hospital UiTM, Dr Liyana Dhamirah Aminuddin.

Pelindung kulit lemah

Pelindung kulit atau skin barrier boleh terjejas akibat penggunaan produk dengan bahan yang kasar dan juga kerana mencuci muka terlalu kerap sehingga menjejaskan kelembapan semulajadi kulit.

Pelindung kulit ni adalah lapisan utama yang melindungi kulit korang, jadi kalau ianya semakin lemah, maka lebih mudah untuk korang mengalami masalah kulit lainnya.

Kekeringan & iritasi

Dr Liyana menyifatkan rutin penjagaan yang baik merangkumi perkara asas seperti pencuci, pelembap dan suncreen sahaja.

Untuk kulit yang terlalu kering korang boleh gunakan pelembap seberapa kerap yang korang nak bukan sahaja pada wajah malah seluruh badan dan pastikan juga korang tak mandi terlalu lama supaya kulit tidak semakin kering.

Sekiranya berlaku iritasi dan terasa gatal pada kulit, elakkan daripada garu kawasan tersebut! Apa yang korang kena buat adalah cepat-cepat letakkan ais pada bahagian yang gatal, tak lama lepas tu rasa gatal akan berkurangan! Jangan lupa untuk sapukan pelembap yang sesuai untuk mengurangkan masalah iritasi dan gatal pada kulit.

Kekasaran & ketegangan

Masalah kulit kering boleh mempengaruhi kualiti keseluruhan kulit sehingga terjadinya blackhead, whitehead dan sel kulit mati yang mengakibatkan kulit terlihat lebih kusam.

Lazimnya sel kulit baru akan terganti dalam masa 30 hari tapi ianya bergantung pada tahap kesihatan korang. Kalau korang stress atau sakit, proses ni akan jadi lebih perlahan, jadi bagi mempercepatkannya korang kena biasakan untuk guna exfoliator! Barulah kulit lebih berseri dan halus!

Masalah tegang pula boleh jadi kerana penggunaan produk yang salah. Kalau selepas mencuci muka kulit rasa tegang dan ‘terlalu bersih’, maknanya pencuci tu tak sesuai dengan korang! Jangan teruskan penggunaan kerana ia bakal mengganggu kelembapan semula jadi kulit.

Pilih produk yang bersesuaian & diuji secara dermatologi

Bunyi macam susahnya nak jaga kulit ni?! Tapi sebenarnya menurut Dr Liyana, masalah kulit wajah sensitif mudah diselesaikan dengan pemilihan produk yang bersesuaian mengikut kulit korang.

Pertama, pastikan korang tahu jenis kulit dan permasalahan yang perlu ditangani kemudian cari produk yang diuji secara dermatologi dan lembut buat kegunaan setiap hari.

Rangkaian produk Cetaphil adalah antara skincare yang selamat dan mudah untuk korang dapatkan di pasaran. Kebolehannya diperakui Lisa Surihani yang menganggap Pembersih Kulit Lembut dan pelembap Cetaphil sebagai penyelamatnya ketika mengalami breakout dulu.

Pembersih Kulit Lembut Cetaphil menghidrat tanpa menghakis lapisan pelindung semula jadi kulit serta melindungi daripada 5 tanda kulit sensitif.

Ia juga diformulasikan dengan pH seimbang dan tidak menyebabkan iritasi. Lagi best, ia turut berkesan untuk semua jenis kulit, sama ada kulit sensitif, kering, berminyak atau kombinasi!

Pelembap Cetaphill pula memberikan penghidratan berpanjangan agar kulit lembut, halus dan sihat. Ia dapat mengembalikan kelembapan pelindung kulit sambil melindungi daripada kekeringan, iritasi, kekasaran dan ketegangan.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang tanda-tanda kulit sensitif dan tips daripada pakar kulit, korang boleh ke laman web Cetaphil di SINI atau ke Instagram rasmi mereka di SINI.

Pembelian secara atas talian untuk produk Cetaphil boleh di buat melalui Shopee di https://shopee.com.my/cetaphil.os. Lebih mudah dan pantas!

SKIP THIS AD ×