berita

Lisa Surihani Selamat Timang Cahaya Mata Ketiga

June 15th, 2021 | by Amat
Lensa Insta

Pelakon Datin Lisa Surihani selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada awal pagi tadi. Berita gembira itu dikongsi melalui posting Instagram suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim.

Artikel berkaitan: Tidak Mahu Berahsia Lagi, Yusry Sahkan Lisa Surihani Hamil Anak Ketiga

Welcome to the world Junior!

Dalam hantaran posting tersebut, Yusry meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak ketiga mereka pada awal pagi tadi kira-kira 2.30 pagi. Dia turut memaklumkan keadaan bayi dan ibu dalam keadaan baik-baik sahaja. Baginya, ini merupakan hadiah amat bermakna untuk keluarga kecil pasangan ini.

Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi tadi. Baby dan Mummy kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur. What a birthday present. Welcome to the world Junior!

Anak lelaki

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim)

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dikurniakan dua orang anak iaitu Yahaira Leanne yang berusia 6 tahun dan Yusof Leonne berusia 4 tahun.

Sumber: Yursy Abd Halim

 

SKIP THIS AD ×