berita

Lisa Surihani Selebriti Malaysia Pertama Berkongsi Rahsia Hidup Secara Eksklusif Dalam Episod Khas E! News Asia Special

March 21st, 2014 | by Ai
Kini Trending

Lisa Surihani Grand Entrance

Bukan semua selebriti berpeluang untuk tampil dalam sebuah program hiburan yang mana kebanyakan daripada penontonnya terdiri bukan sahaja daripada peminat tempatan malah antarabangsa juga.

Justeru, sebaik nama Lisa Surihani diumumkan sebagai tetamu undangan khas bagi slot istimewa E! News Asia Special, ramai yang teruja dengan tawaran diterima selebriti cantik itu.

Tambah menarik lagi, Lisa merupakan artis pertama kelahiran Malaysia yang dijemput oleh rancangan itu bagi berkongsi kisah hidupnya secara eksklusif dengan peminat tersayang.

5D3_0961

Mungkin sesetengah orang yang rapat dengan Lisa sudah mengetahui semua rahsianya, tetapi hakikatnya masih ada lagi yang belum pernah diberitahu oleh Lisa secara umum.

Penonton bukan setakat bakal dihiburkan dengan pengakuan Lisa, malah pengacara E! News Asia, Marion Caunter juga turut mendekati ibu, rakan baik dan suami Lisa, Yusry Abdul Halim untuk mencungkil kisah mengenai selebriti ini dengan lebih dalam lagi.

Untuk pengetahuan anda, E! News Asia sebelum ini pernah menjemput beberapa selebriti terkenal antarabangsa yang lain antaranya Aaron Aziz dari Singapura, Jay Park mewakili Korea Selatan dan Anne Curtis dari Filipina.

Bagi peminat-peminat Lisa, jangan lupa untuk menyaksikan episod khas itu pada 30 Mac 2014 di saluran Astro Channel 712 jam 10 malam.

SKIP THIS AD ×