berita

Lisa Surihani & Yusry Didakwa Guna Kaedah IVF Untuk Dapat Anak

February 23rd, 2015 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2015-02-22 at 23.41.15

Selagi pasangan yang sudah berkahwin masih berdua, orang tak akan berhenti bertanya bila nak menimang cahaya mata.

Tapi bila disahkan mengandung, timbul pula perkara lain dijadikan bahan bualan. Sama macam kes Lisa dan Yusry yang bakal menyambut kelahiran anak sendiri tak lama lagi.

Bayi Tabung Uji?

Screen Shot 2015-02-22 at 23.43.13

Umum tahu pasangan ini sangat berahsia dengan perihal kehamilan Lisa termasuklah usia kandungan itu. Tapi apa yang tak seronok, ada khabar angin mengatakan Lisa dan Yusry menggunakan kaedah tabung uji ataupun In Vitro Fertilization (IVF) untuk mendapatkan zuriat.

Screen Shot 2015-02-23 at 00.00.27

Keratan artikel dari Utusan bertarikh 22 Februari 2015

Walaupun tak salah untuk berusaha seperti itu, tapi rasanya dakwaan tersebut boleh mencalarkan hati Lisa dan Yusry yang pastinya kini sedang berbahagia.

Lisa Hamil Anak Kembar?

ANUGERAH MELETOP 2015-15

Akhbar yang sama juga melaporkan terdapat khabar angin mendakwa Lisa sedang mengandung anak kembar.

Wah, double happiness lah kalau macam tu! Jika betul apa yang diperkatakan, kami tumpang gembira. Semoga Lisa dan kandungan sentiasa sihat hinggalah saat bersalin nanti. Tak sabar nak tengok anak Lisa dan Yusry!