berita

Lisa’s Fghends Dekatkan Lisa Surihani Dengan Peminat

October 16th, 2013 | by Ai
Kini Trending

16

Boleh dikatakan sekarang ini Lisa Surihani adalah ratu di laman sosial memandangkan jumlah pengikutnya telah melebihi kebanyakan selebriti-selebriti yang lain.

Berdasarkan kepada jumlah peminat yang menyokongnya selama ini seperti di Facebook (2.6 juta), Twitter (1.6 juta) dan Instagram (404 ribu), ia telah memberi satu idea baru buat pelakon jelita itu.

Pada 5 Oktober yang lepas, Lisa dengan kerjasama Dangerous Media Sdn Bhd telah melancarkan laman web rasmi yang dinamakan sebagai Lisa’s Fghends.

09

Untuk makluman anda, Lisa’s Fghends ditubuhkan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara Lisa dan peminat-peminatnya dengan cara yang cukup mudah.

Peminat boleh mengetahui perkembangan terbaru selebriti kesayangan mereka itu menerusi ruangan Diari Lisa dan Borak Lisa.

Selain dari itu, laman web ini juga membolehkan peminat menonton video dan gambar-gambar Lisa sendiri mengenai aktiviti hariannya.

Tambah menarik lagi, peminat boleh memiliki barangan cenderahati seperti T-shirt Lisa’s Fghends, Sarung Telefon Bimbit, Payung, Mug dan sebagainya di dalam laman web tersebut dengan harga yang berpatutan.

anteater

Malah, Lisa’s Fghends turut menawarkan hadiah percuma kepada 10 peminat bertuah yang berdaftar secara rawak.

Tidak cukup dengan itu, Lisa’s Fghends juga akan mengadakan aktiviti bersama peminat seperti beriadah mahupun peraduan. Aktiviti tersebut akan dimumkan menerusi laman sosial rasmi Lisa’s Fghends dari semasa ke semasa.

Kalau anda nak tahu apa lagi yang ditawarkan oleh Lisa buat peminatnya, sila layari laman web rasmi Lisa’s Fghends atau laman sosial seperti Facebook (Lisa’s Fghends), Twitter (@LisasFghends), YouTube (lisas fghends) dan Instagram (@lisasfghends).

Apapun, di sini OHBULAN! sertakan video yang diambil dari YouTube Lisa’s Fghends untuk tontonan anda. Semoga terhibur!