berita

Live Hanya 2-3 Orang Je Yang Tengok, Kakak Sedih Lihat Usaha Adik Niaga Baju Bundle Siang Malam

June 7th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sememangnya memberi kesan kepada semua individu dalam menjalani kehidupan bagi menampung kehidupan harian. Pelbagai inisiatif dilakukan bagi memperolehi pendapatan termasuklah buat IG Live untuk menjual pakaian dan keperluan terpakai.

Sedihnya, apabila IG Live yang dilakukan seorang pemuda ini tidak dapat sambutan dan hanya tiga orang sahaja yang menonton. Dipercayai pemuda tersebut menjual pakaian bundle di Instagramnya.

View hanya 2-3 orang je

Kakak kepada pemuda itu yang dikenali sebagai Nor Fadhilatul Adha berkongsi perkara itu di laman Twitter dan meluahkan rasa sedihnya apabila melihat usaha adik lelakinya kurang mendapat sambutan setelah melakukan IG Live. Difahamkan, selama bersiaran langsung di Instagram, hanya terdapat kira-kira 2 hingga 3 orang sahaja yang datang dan menonton Live tersebut.

Pemuda itu menjalankan perniagaan persendirian dengan menjual pakaian vintage yang berjenama. Malah, difahamkan juga sejak pelaksanaan PKP pemuda itu hanya menjalankan perniagaan secara online sahaja.

Tak ada view tu benda biasa

Tidak berakhir di situ, kakak kepada pemuda ini turut menghantar mesej dengan memberi kata-kata semangat buat adiknya mencari rezeki. Kata pemuda itu, sudah menjadi kebiasaan jika tiada orang yang datang menonton IG Live yang dibuatnya. Malah, luar biasa sekiranya ada pengguna media sosial yang lain masuk dan saksikannya berniaga pakaian vintage di platform itu.

Pengguna Twitter yang lain membantu dengan menekan tanda Retweet pada posting Nor Fadhilatul Adha untuk membantu adiknya. Tweet berkenaan telah mendapat kira-kira 20ribu tanda Retweet dari pengguna alam maya.

Sumber: Nor Fadhilatul Adha

SKIP THIS AD ×