![]()
Musim bunga dan panas 2013 menyaksikan Liyana Jasmay mengayakan fesyen dengan penekanan kepada warna-warna terang hasil gandingan konsep terkini olahan pereka fesyen, Wee Chee. Pakaian & aksesori ini boleh didapati dengan mudah gudang membeli-belah KL Sogo sekaligus memberikan anda satu suntikan segar bagi mengayakan 4 konsep yang diketengahkan oleh pereka itu iaitu Borrowed-From-The-Boys Trends, Back-to-School, Black & White Classics dan Harley Babe Styles.
![]()
Rantai berjuntai di bahagian leher dan beg pouch tompok harimau bintang sebagai aksesori pelengkap buat pelakon genit ini.
![]()
Borrowed-From-The-Boys Trends! Padanan jaket rona oren terang diseimbangkan dengan blouse putih berlengan panjang.
![]()
Harley Babe Style! Kombinasi jaket rona biru dan merah ini kelihatan sangat sesuai bagi anda yang ingin tampil ranggi & bertenaga.
![]()
Konsep back-to-school adalah jawapan kepada anda yang ingin tampil ringkas dan bergaya ke bilik kuliah.
Video selepas ini.






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
