berita

‘Lockdown Masih Belum Sesuai Digunakan’ – KKM

March 16th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr Adham Baba menafikan mesej yang viral berkenaan Malaysia akan dikenakan perintah sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) ekoran penularan wabak COVID-19. Tambahnya, penyebaran infografik mengenai ‘lockdown’ itu adalah palsu.

Semak fakta

Menteri Kesihatan bagaimanapun memohon agar masyarakat menghentikan penyebaran khabar palsu itu. Infografik yang viral di laman Facebook dengan menulis #Malaysialockdown pada Isnin 16 Mac 2020, 8 hingga 10 pm.

Selain itu, infografik berkenaan juga menyebut COVID-19 Hour dengan mengandungi beberapa larangan termasuk jangan keluar dari rumah, jangan keluar ke tempat awam seperti pasar raya dan restoran serta sembahyang dan berdoa.

Momen untuk solidariti

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara sekali lagi menegaskan penggunaan perkataan lockdown masih belum sesuai digunakan berikutan penularan COVID-19 yang telah mencapai tahap pandemik. Malah, perkataan lockdown akan menyebabkan keadaan panik dalam kalangan masyarakat.

Walaubagaimanapun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar semua pihak untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelakkan berada di tempat awam, sebaliknya berada di rumah bermula 8 malam hingga 10 malam pada Isnin.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SKIP THIS AD ×