Kecoh di laman sosial apabila pemain badminton perseorangan negara, Lee Zi Jia memakai baju yang memaparkan logo bendera Malaysia dipasang secara terbalik ketika beraksi di perlawanan pertama Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024 yang berlangsung malam Rabu.
Artikel Berkaitan: Lee Zii Jia Mohon Maaf Tewas Awal Di Kejohanan Daihatsu Japan Open 2024 – ‘Fizikal Saya Masih Lemah Baru Pulang Olimpik’
Artikel Berkaitan: ‘Pingat Gangsa Ini Tak Mungkin Jadi Realiti Kalau Tidak Kerana Cinta Saya Pada Malaysia’ – Lee Zii Jia
Jalur Gemilang terbalik
Susulan insiden itu, penaja kepada pemain di tangga nombor lapan dunia tersebut iaitu Victor Malaysia tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan mereka.
Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada semua peminat badminton Malaysia dan Lee Zii Jia atas kesilapan pada jersinya semasa Jelajah Dunia Akhir BWF hari (Rabu).
Bendera Malaysia melambangkan perpaduan dan identiti. Justeru, kami amat kesal dengan sebarang tindakan tidak disengajakan yang disebabkan oleh kesilapan ini.
Victor Malaysia memuat naik kenyataan tersebut menerusi sebuah hantaran di platform X.
Selain itu, pihaknya juga sedang meneliti secara menyeluruh bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi.
Terdahulu, logo Jalur Gemilang yang ditampal secara terbalik di kiri baju dalam perlawanan menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen jelas kelihatan jelas di televisyen dan mencetuskan kekecohan di media sosial.
Pada perlawanan pertama kumpulan A itu, Zii Jia berjaya menewaskan Tien Chen 21-13, 21-15.
Sumber: X