Pelakon, Lorenzo Irmann mendedahkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita yang pernah dicintai tidak kesampaian apabila hubungan mereka sudah berakhir.

Artikel Berkaitan: Ezzanie Jasny Nafi Bercinta Dengan Lorenzo Irmann, Kekal Profesional – ‘Dia Seorang Kawan Yang Baik’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lorenzo Irmann Hargai Usaha Dolla, Akur Dengan Keputusan Video Muzik Perlu ‘Take Down’ 

Batal rancangan kahwin

Lorenzo atau nama lengkapnya Lorenzo Irmann Farhan Caddeo Paolo, 22, berkata, hubungan tersebut pernah berada pada tahap serius sehingga kedua pihak merancang untuk berkahwin, namun akhirnya memilih membawa haluan masing-masing demi memberi tumpuan kepada kerjaya.

Memang pernah merancang untuk berkahwin. Bagi saya, merancang itu penting, tetapi bila tak jadi, saya buat keputusan untuk fokus pada kerja.

Tak ada siapa tinggalkan siapa. Itu keputusan bersama. Kami sama-sama bersetuju untuk fokus pada kerja.

Lorenzo berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama Cinta Dalam Sekam dan What’s Next On Viu yang berlangsung di ibu kota, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Lorenzo mengakui ketika itu dia terlalu mengutamakan cinta sehingga mengabaikan perancangan masa depan.

Bagaimanapun, selepas menilai semula keutamaan hidup, dia merasakan usianya ketika itu masih terlalu muda untuk memikul tanggungjawab sebagai suami memandangkan kerjayanya sebagai pelakon baru sahaja bermula.

Waktu itu kami terlalu bucin dan meletakkan cinta sebagai keutamaan. Tapi bila saya fikir balik tentang masa depan, saya rasa terlalu awal dan saya masih muda, baru umur 22.

Nama saya pun baru nak naik. Masa itu saya baru habis belajar dan terus bekerja. Jadi saya rasa lebih baik fokus pada kerjaya dulu daripada terus berkahwin,.

Ditanya sama ada kegagalan hubungan tersebut membuatkan dirinya serik untuk bercinta atau berkahwin, Lorenzo menegaskan dia tidak berasa fobia.

Tak ada fobia. Sekarang fokus kerja saja. Pernah mencari jodoh sebelum ini, tapi tak menjadi. Sekarang kalau ada masa, saya pergi gim dan beri tumpuan kepada kerja.