berita

Love Me Butch Lancarkan Album Ke-3, “Worldwide Transgression”

June 29th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Berita baik buat para peminat setia band post-hardcore, Love Me Butch!

Band yang dianggotai oleh Syarul Reza (vokal), Wing Meng (gitar), Kevin Kong (bass) dan Jana Nair (drum) ini telah pun melancarkan album mereka yang ketiga iaitu ‘Worldwide Transgression”. Band ini telah ditubuhkan semenjak 1997 dan pernah berkongsi pentas bersama, Deftones, Avenged Sevenfold, Underoath, Simple Plan dan juga Switchfoot.

Menurut Love Me Butch, album terbaru mereka ini mempunyai kelainan dari album-album sebelum ini dan ianya lebih rancak dari biasa. Lagu-lagu dalam album ini juga menitikberatkan bunyi gitar dan solo yang lebih mengancam.

Mengandungi 10 buah lagu, ia telah dirakamkan secara khas di studio rumah Wing Meng untuk gitar dan bass, 101 Studio untuk bunyi dram dan Greenhouse Studio untuk vokal. Kesemuanya dilakukan ditempat yang berasingan dan telah di-‘master’ kan sepenuhnya di Sterling Sound Studio oleh UE Nastasi. Nastasi pernah bekerja bersama AC/DC, Gym Class Heroes dan juga Panic At The Disco.

Untuk single pertama album ini, “Come Out, Come Out”, Love Me Butch telah merakamkan muzik video mereka di Jepun dan ini pasti akan menjadikan sesuatu yang lebih menarik untuk dikongsi bersama peminat setia Love Me Butch.

Mari kita tonton selepas ini ya!