berita

‘Love You Forever My Son’ – Ibu Aiman Tino

February 12th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, penyanyi, Aiman Tino dipercayai sudah pulang ke pangkuan keluarganya di Kuala Kubu Baru, Selangor bagi menyelesaikan kontroversi yang telah berlaku pada minggu lalu. Malah, dia turut menegaskan bahawa perkara yang berlaku tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak seperti yang didakwa ibunya.

Artikel berkaitan: ‘Man, Awat Mak Hang Call Hang Tak Angkat?’ – Netizen

Terbaru, ibu kepada penyanyi tersebut iaitu Hazelina, telah memuat naik satu foto di Instagram beserta kapsyen di mana dia sangat mencintai anaknya itu.

Love you forever son

Sayang Dunia Akhirat

Menerusi foto yang dimuat naik, Hazelina meluahkan rasa sayang terhadap anaknya itu. Tambahnya, dia sayang Aiman buat selama-lamanya. Dalam pada itu, Aiman turut membalas komen di posting berkenaan dan menyatakan perasaan yang sama terhadap ibunya.

Rata-rata netizen terharu melihat kasih sayang di antara ibu dan anak ini. Mereka turut mendoakan kebahagiaan dan perkara yang baik buat Aiman dan keluarga.

Tak kenal maka tak cinta

Tak kenal maka tak cinta, neraka tu kau, anak aku, aku nak bawa ke syurga. Dah ada anak nanti barulah dapat rasa, penat besarkan anak, lepas tu orang kikis.

Terdahulu, Hazelina turut menyelar kenyataan seorang netizen yang melabel dirinya sebagai ‘mentua dari neraka’ gara-gara menyibuk dengan urusan anaknya. Ujarnya, apa yang dilakukan selama ini demi masa depan anak tersayang. Malah, dia turut meluahkan rasa kecewa kerana sudah susah payah membesarkan anak-anak pasti menjadi perkara menyakitkan apabila ada pihak lain yang ingin ambil kesempatan.

Sumber: Hazelina

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×