Isteri kepada penyanyi Ippo Hafiz, Fara Roslan tampil menyindir kenyataan suaminya yang mendakwa tidak pernah menghalangnya untuk berjumpa dengan anak bongsu mereka yang dikenali sebagai Ibrahim di Instagram Story (IG Story).
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Bagitahu Isteri, Anak Kedua Biar Saya Jaga’ – Ippo Hafiz Nafi Dakwaan Larikan Anak Bongsu
Fara perli Ippo Hafiz
Menerusi hantaran tersebut, Fara memaklumkan dirinya begitu rindu akan anak bongsunya yang dikenali sebagai Ibrahim.
Menurut Fara, sekiranya benar tidak dihalang, sudah pastinya dirinya bertemu dengan Ibrahim.
Ibrahim dah marah kenapa mama call tak angkat, rindu anak mama yang sangat aktif ini.
Kalau tiada halangan mesti dah jumpa adik kan?
Tipu dosa, mati seksa kan adik? Ibrahim pun cakap takut.
Terdahulu, wanita yang mendakwa dirinya kakak kepada Ippo yang dikenali sebagai Yazmin tampil mendakwa adiknya itu telah melarikan anak bongsunya daripada pangkuan isteri.
Malah, Ippo juga didakwa tidak bertemu dengan anak sulungnya sewaktu hari raya pada minggu lalu.
Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz kemudiannya tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa dirinya sudah memaklumkan kepada Fara untuk menjaga anak bongsu mereka manakala anak sulung dibawah jagaan isterinya itu.
Jelas Ippo, kes melibatkan hak penjagaan anak mereka juga masih lagi berjalan di mahkamah.
Sekadar info, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Namun, pada 12 Mac yang lalu, Ippo hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Ampang, bagi sebutan pertama permohonan tuntutan nusyuz yang difailkan olehnya terhadap isterinya yang tidak pulang ke rumah sejak November tahun lalu.
Sumber: Instagram Fara Roslan