berita

Luah Rasa Sayang Dekat Papa Sempena Ulang Tahun Kelahiran, Netizen Usik Dafi Bila Nak Bawa Balik Isteri?

January 19th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-62, semalam. Susulan daripada itu, kebanyakan media sosial ‘dihujani’ dengan pelbagai ucapan yang mendoakan kesejahteraan beliau.

Di Instagram, Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri turut menzahirkan ucapan selamat ulang tahun buat ayahnya.

Happy birthday papa!

Happy birthday papa. Love you so much!

Menerusi posting tersebut, Dafi yang mengayakan baju Melayu hitam dan lengkap bersampin itu mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat ayahnya. Tambah Dafi, dia sangat menyayangi ayahnya. Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen turut mengambil peluang dan memberikan ucapan masing-masing. Namun begitu, dalam banyak-banyak ucapan yang diberikan, ada juga netizen yang mengusik Dafi supaya mencari menantu untuk ayahnya.

Cepat dapat menantu untuk papa awak

Sebelum ini, Dafi pernah diusik oleh ayahnya yang meminta supaya penyanyi itu ‘membawa pulang’ isteri. Usikan tersebut dibuat ketika sambutan ulang tahun kelahiran Dafi yang lalu. Walau bagaimanapun, Dafi memberitahu dia enggan terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga. Malah, dia menyerahkan soal jodoh kepada ibu bapanya.

Sumber: Dafi

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×