berita

Luangkan Masa Beri ‘Ceramah’ Setiap Kali Lepas Solat Maghrib, Netizen Puji Cara Johan Didik Anak

May 4th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Pasangan selebriti tanah air Johan dan Ozlynn kerap memuat naik video-video telatah berkenaan kebahagiaan rumah tangga mereka. Sebelum ini Ozlynn pernah memuat naik video Johan sedang bergurau senda bersama anak-anak mereka iaitu baby Moleiq dan kakak Chantiq.

Terbaru, Ozlyn memuat naik video Johan sedang meluangkan masa bersama anak-anak di rumah sambil berbual, nasihat dan juga sesi luahan perasaan. Cara didikan Johan sebagai seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab dan penyayang menarik perhatian netizen. Terbaik bro!

Rutin lepas maghrib

https://www.instagram.com/p/BxAxf7JJ6aa/

Menerusi Instagram Ozlynn, dia berjaya merakam situasi suaminya memberikan ceramah buat anak-anaknya. Menurutnya, suaminya akan berbual, luah perasaan dan nasihat kesemua anaknya selepas solat maghrib. Pasti mereka akan mengalirkan air mata selepas selesai sesi itu. Namun, suaminya pandai membeli jiwa anaknya semula dengan mengajar mereka untuk bersiar-siar selepas sesi sedih itu.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen kagum dengan cara Johan dalam mendidik anak-anak. Netizen juga berterima kasih kepada pasangan itu kerana memberi nasihat tentang cara mendidik anak-anak.

Sumber: JozlynnHanania

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×