berita

Lucut Gelaran Gundik Diraja Derhaka, Raja Thailand Pecat Pegawai Kerana Zina Pula

October 30th, 2019 | by faris
Kini Trending

Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn minggu lalu membuat kejutan apabila istana negara itu mengumumkan pemecatan gundik dirajanya kerana tidak setia. Terbaru, empat lagi pegawainya dipecat atas beberapa alasan.

Dipecat kerana beberapa kesalahan

2 pegawai istana dipecat kerana telah ‘bertindak kejam’ dan ‘zina’, yang dikatakan telah melanggar kod tatakelakuan pekerja istana. Dalam satu dokumen lain, 2 pegawai tentera digugurkan jawatan mereka kerana ‘tidak tegas’ dan ‘bertindak tidak sepadan dengan pangkat serta kedudukan’.

Pecat pegawai minggu lalu

Keempat-empat dilucutkan jawatan mengikut jejak langkah 6 pegawai istana minggu lalu yang dituduh menyalahi peraturan disiplin yang serius. Mereka juga didakwa telah menyebabkan masalah dalam kalangan kerabat.

Salah seorang yang terlibat adalah seorang jururawat di bahagian kawalan selain pegawai veterinar, menurut lidah rasmi istana, Royal Gazette.

Pindahkan kuasa unit tentera

Sejak mengambilalih takhta ekoran kemangkatan ayahnya pada 2016, Vajiralongkorn telah menunjukkan kuasanya dalam konstitusi monarki negara itu. Baginda telah berkuasa ke atas hal-hal kerajaan dan kekayaan bapanya antaranya dengan memindahkan dua unit tentera di bawah arahannya.
The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×