Seperti yang diketahui umum, penggunaan kerusi keselamatan ataupun carseat adalah sangat penting untuk menjaga keselamatan anak. Malah, kerajaan telah mewajibkan pemasangan carseat di dalam kereta persendirian bermula tahun ini. Langkah ini diambil ekoran pertambahan kes kemalangan membabitkan bayi dan kanak-kanak tercampak akibat pengabaian aspek ini.
Seorang doktor, Ilzanno Sharky berkongsi pengalaman membantu mangsa kemalangan dan kanak-kanak dua tahun yang berlumuran darah akibat tercampak dari ribaan ibu.
Terhendak pada windshield
Menceritakan dengan lebih lanjut, kanak-kanak dua tahun itu mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala sehingga boleh mendapat sekurang-kurangnya 10 jahitan.
Difahamkan, kanak-kanak itu terlepas dari pegangan ibu akibat pelanggaran kuat dua buah kenderaan.
Luka macam dipotong pisau dekat 15cm
Sejurus melihat pendarahan yang teruk di kepala, doktor ini menanggalkan baju Melayu yang dipakai dan menekup kepala kanak-kanak untuk mengelakkan kehilangan darah. 15 minit kemudian, ambulans tiba dan mengambil langkah rawatan yang lain.
Tolong beri yang terbaik buat anak
Jelas sekali di sini penggunaan carseat adalah sangat penting untuk mengelakkan kecederaan serius sekiranya kemalangan. Doktor ini juga menyeru ibu bapa agar mengutamakan keselamatan anak dari apa jua aspek.
Sumber : Ilzanno Sharky