Kecoh di media sosial apabila kulit hadapan sebuah buku didakwa menyerupai jata negara Malaysia. Buku yang bertajuk ‘Rebirth’ itu dikatakan dijual di kedai-kedai buku terkenal seluruh Malaysia.
Penghinaan terhadap jata negara
Tadi pergi kedai buku Popular dekat Jusco Maluri. Ternampak buku ni, aku tak beli pun. Aku ok je baca tentang semua penulisan dalam buku ni. Tapi boleh pulak dengan selambanya permainkan lambang negara/jata (itu yang aku fikirlah). Apa yang penerbit/ yang design cover buku ni cuba gambarkan?
Korang ada kenalan di KDN (Kementerian Dalam Negeri), maybe aku boleh roger tanya lanjut sama ada ianya satu bentuk penghinaan ataupun sebaiknya. Kalau ada, pakat pm aku ya.
Menurut perkongsian Facebook Suhaimi Abdul Manan, dia terjumpa buku ini di sebuah kedai buku terkemuka di Malaysia. Tambahnya lagi, isi kandungan dalam buku itu tidak mempunyai masalah, namun lukisan pada kulit buku itu mengundang persoalan. Hal ini kerana ianya dikatakan seperti mempermainkan lambang jata negara. Dia menuntut agar pihak KDN membuat siasatan terhadap penerbit buku berkenaan agar dapat memberi penjelasan kepada rakyat.
Lucutkan taraf warganegara
Rata-rata netizen berharap agar pihak berkuasa melakukan sisatan. Jika ianya dikaitkan dengan akta hasutan, kilang yang membuat percetakan buku itu juga harus dikenakan tindakan. Bukan itu sahaja, ada yang memberi cadangan agar yang mencipta logo berkenaan dilucutkan taraf warganegara.
Gubal undang-undang secara spesifik
Dakwa mereka, perkara ini bukan pertama kali berlaki dan pihak berkuasa diseru agar mengenakan tindakan yang tegas terhadap individu yang bertanggungjawab. Tambah netizen, perkara ini akan terus berulang sekiranya tiada tindakan tegas dan hukuman berat yang dikenakan.
Sumber: Suhaimi Abdul Manan, TTKM