berita

Lukisan Memukau Teknik Stencil Art Tarik Perhatian, Sampai Remy Ishak Pun ‘Tergamam’!

January 29th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di media sosial viral sebuah video TikTok memaparkan bakat dan kebolehan seorang gadis melakarkan lukisan potret artis-artis Malaysia dan artis luar negara. Terbaru, gadis yang dikenali sebagai Mira Melyn ini melakar potret Remy Ishak sehingga mendapat perhatian pelakon itu. Lebih menarik lagi, lakaran potret tersebut hanya menggunakan roller cat sahaja. Memang cantik!

Potret Remy Ishak

@heyyitsmirAt which layer did you manage to guess who it is? ??? #stencilart #painting #tiktokmalaysia #fyp? … is sweaty – Kellan

Kaedah lukisan yang digunakan gadis ini dikenali sebagai stencil art. Stencil Art ini merupakan salah satu seni gratis dan proses pembuatan karya menggunakan teknik cetak, biasanya di atas kertas. Terdapat pelbagai lapisan kepingan kertas yang diperlukan untuk menghasilkan satu potret yang diingini.

Gadis ini juga menghasilkan potret Remy Ishak dan karya tersebut juga dapat perhatian pelakon lelaki itu setelah dia berkongsikan video di laman Twitter.

Awak sangat berbakat

Remy Ishak menerusi laman Twitter menghantar kiriman di video gadis berkenaan. Remy Ishak sendiri terkelu dengan hasil potret yang dibuat gadis tersebut. Malah, dia turut mengagumi bakat gadis itu dan mengharapkan agar dia terus berkarya dengan seni lukis ini.

Potret Siti Nurhaliza

@heyyitsmirReply to @wanhafis How much love can our Malaysian queen get? ???? q: whats your fav dato’ siti song? #malaysia #sitinurhaliza #stencilart #fyp? Terang – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Selain itu, Mira Melyn juga pernah menghasilkan potret penyanyi terkenal iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza. Seperti biasa, video penghasilan karya tersebut juga dikongsikannya di laman TikTok.

Artis luar negara pun ada

@heyyitsmirReply to @miramelyn Yes I commented myself just so I can do the intro ? #fyp #billieeilish #viral #billie #bye? Therefore I Am – Billie Eilish

Lisa Blackpink

@heyyitsmirLalisa Manoban ? Next part will be Louis Tomlinson upon many requests!! #fyp #foryou #lisa #blackpink #lalisamanoban? Lovesick Girls – BLACKPINK

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×