berita

Lumi News Malaysia Kumpul Lebih 30 Penerbit Berita Dalam Satu Aplikasi

September 20th, 2021 | by Iera Zahirah
Shout Out!

Satu aplikasi berita terbaru yang dikenali sebagai Lumi News Malaysia yang memaparkan berita terkini yang dilaporkan oleh lebih 30 penerbit berita berkualiti seperti OhBulan, Sirap Limau, News Straits Times, Free Malaysia Today, The Vocket, Berita Harian, Harian Metro, SAYS, The Rakyat Post, Cilisos, SoyaCincau dan banyak lagi telah dilancarkan di Malaysia.

Lumi aplikasi berita semua dalam satu

Lumi merupakan aplikasi mudah untuk mendapatkan berita dengan pantas serta berkongsi berita. Ia merupakan aplikasi berita semua dalam satu untuk rakyat Malaysia bagi mendapatkan berita daripada pelbagai sumber yang boleh dipercayai dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina.

Ciri ‘Berita Baik’ di Lumi membolehkan pengguna mendapatkan berita baik dan menerima pemberitahuan setiap kali ada berita baik untuk dikongsi.

Lebih menarik lagi, Lumi mempunyai paparan khas Covid-19 yang menunjukkan kadar vaksinasi harian, perkembangan vaksinasi dan statistik kes di setiap negeri.

Lumi mesra pengguna

Dalam pada itu, Lumi juga adalah mesra pengguna dan mudah digunakan yang direka khas untuk menarik minat serta memahami keperluan pengguna. Pengguna hanya perlu muat turun aplikasi di telefon bimbit, pilih tetapan berdasarkan minat  dan Lumi akan memaparkan berita yang menepati kehendak pengguna

Lumi News Malaysia juga mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk penerbit berita menampilkan hasil kerja terbaik kepada pengguna yang mengambil berat tentang kandungan yang dikeluarkan setiap hari.

Aplikasi menarik ini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan di Apple App Store.

SKIP THIS AD ×