Sekadar gambar hiasan
Sebuah hospital kerajaan diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar pampasan RM5.6 juta kepada seorang kanak-kanak perempuan kerana mengakibatkan mangsa lumpuh.
Menang saman RM5.6 Juta
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang dikenali sebagai Nur Adeena Mohd Syahmir, 2, yang dilahirkan secara caesarean mengalami kecederaan saraf tunjang berikutan komplikasi pembedahan yang menyebabkannya lumpuh dari leher ke bawah. Mangsa juga terpaksa bergantung kepada ventilator dan dipasang trakeostomi (tebukan pada leher).
Susulan daripada itu, kanak-kanak itu selaku plaintif melalui bapanya menfailkan saman kecuaian perubatan terhadap 19 defendan terdiri daripada kerajaan Malaysia dan 18 pegawai perubatan yang bertugas di sebuah hospital kerajaan.
Defendan pertama (kerajaan Malaysia) mengakui liabiliti pada 26 Julai 2022 menyebabkan plaintif menarik balik semua tuntutan terhadap defendan kedua hingga ke-19.
Mangsa berstatus OKU
Sekadar gambar hiasan
Dua saksi iaitu ibu plaintif dan saksi pakar Dr Kavitha serta saksi pakar S Mohaneswari telah dipanggil menghadiri perbicaraan untuk penilaian ganti rugi.
Berikutan daripada itu, mahkamah memutuskan mangsa perlu mendapat pampasan sebagai perbelanjaan tambahan sepanjang hayatnya sebagai seorang orang kelainan upaya (OKU).
Mahkamah mempertimbangkan keterangan daripada doktor pakar bahawa mangsa berkemungkinan hidup sehingga usia 23 tahun berdasarkan keadaannya dan disebabkan itu, plaintif perlu diberikan pampasan yang mencukupi untuk menampung baki jangkaan hayatnya 21 tahun lagi.
Siasatan mendapati pegawai perubatan yang bertugas tidak mempunyai pengalaman melakukan pembedahan dan ia dilakukan tanpa pengawasan pakar perbidanan dan sakit puan.
Sumber: Harian Metro