Bagi pencinta kucing, mereka sudah menganggap haiwan peliharaan sebahagian daripada hidup mereka. Ragam manja si comel yang menghiburkan mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihat. Jadi tidak hairanlah jika kehilangan haiwan peliharaan ini sangat dirasai.
Seperti perkongsian lelaki ini, kucing kesayangannya yang diberi nama Afiyah mati akibat diserang penyakit Dry Feline Infectious Peritonitis iaitu sejenis penyakit bawaan virus. Tambah menyedihkan apabila kucing yang lumpuh seluruh badan dan sawan ini menunggu mereka sekeluarga pulang ke rumah sebelum mati.
Jaga Afiyah penuh kasih sayang
Bunting anak kucing hitam
Bunting lagi sekali tapi..
Lumpuh satu badan
Semalam doktor wasap mak aku bagitau yang afiyah sebenarnya ada disease yang bernama Dry Feline Infectious Peritonitis. Penyakit ni merupakan satu virus yang menyebabkan kucing demam, turun berat badan, banyak kencing and dia affect organ dalaman kucing. Penyakit ni takde cure pic.twitter.com/CcCqJkzxX7
— Toid (@muazz_t) February 15, 2020
‘Tanam tempat kau suka main dulu’
Lepas je siap cuci semua, afiyah mula sawan balik. Mak aku pun cakap “ Ya Allah, kalau afiyah boleh baik, sembuhkanlah dia. Kalau dia tak boleh baik, ambil lah dia cepat2”. 5 minit kemudian, afiyah dah tak bernafas. Tepat pukul 12 tadi afiyah mati pic.twitter.com/SrLtbCKhSh
— Toid (@muazz_t) February 15, 2020
Sumber: muazz_t