berita

Luna Maya Mengaku Cemburu Momo Geisha Didakwa Ada Hubungan ‘Special’ Dengan Ariel NOAH

February 7th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Pelakon dan model Indonesia, Luna Maya mengakui bahawa dirinya pernah bersikap dingin dengan penyanyi Momo Geisha disebabkan khabar angin yang mengatakan Momo mempunyai hubungan special bersama bekas kekasihnya, Ariel NOAH.

Artikel berkaitan : Tak Menolak Jika Ariel Jodohnya, Luna Maya Akui Kembali Berhubung Dengan Ariel NOAH

Artikel berkaitan : Foto ‘Closed Friends’ Luna Maya Tersebar, Tarikh 26 Ogos Jadi Tanda Tanya Peminat – ‘Bismillah BigDay’

Artikel berkaitan : Ariel NOAH Akui Ada Terbawa-Bawa Perasaan Dengan Bunga Citra Lestari

Cemburu perempuan dekat dengan Ariel

Namun, pemilik nama sebenar Luna Maya Sugeng memohon maaf kepada Momo kerana menganggap sikap cemburunya itu tidak begitu matang untuk dikenang lagi.

Kan aku b*d*h dulu, bercinta ceritanya dan ia jadi berita. Aku cuma fikir ‘wah, lelaki saya (ketika itu) dengan kawan saya diambil. Aku mengaku yang aku ni macam budak bercinta, maaf ya jangan marah.

Ujar pelakon berusia 38 tahun ini, Momo bukanlah satu-satunya artis perempuan yang diperlakukan seperti itu dan dia tidak akan menegur dengan wanita yang digosipkan bersama Ariel.

Bukan Momo je, ramai perempuan yang digosipkan dengan Ariel aku tak akan tegur.

Minta maaf kepada Ariel

Walau bagaimanapun, Momo mengakui bahawa dia berasa keliru dengan apa yang dilakukan Luna sehingga dia terpaksa menegurnya dahulu.

Itu pertanyaan yang saya tahan selama ini sampai saya rasa keliru. Kenapa ni Luna? Saya cuba tegur awak dahulu.

Dalam pada itu, pelakon filem Suzzanna : Bernapas Dalam Kubur ini juga memohon maaf kepada Ariel kerana sikap cemburu butanya itu.

Maaf ya banyak sejarahnya. Maaf ya Riel. Masa tu masih muda lagi kan masih b*d*h dan tak dapat tahan emosi.

Sumber : Liputan6

SKIP THIS AD ×