
Hantaran terbaharu yang dikongsikan oleh penyanyi dan pelakon, Elliza Razak mengenai Allahyarhamah Lydia Ibtisam telah menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Pelakon Lydia Ibtisam Meninggal Dunia Pada Usia 46 Tahun
Artikel Berkaitan: ‘Sudah Lapan Tahun Lydia Ibtisam Alami Masalah Auto Immune, Banyak Organ Kena Serang’ – Elliza Razak
Sahabat baik
Menerusi perkongsian di Threads, Elliza mengakui terkesan melihat banyak hantaran yang dimuat naik di media sosial mengenai kematian rakan seindustrinya itu.
Lydia, aku masih tak boleh generate lagi. Kepala aku nampak gambar kau merata, warna hitam putih selepas itu orang tulis takziah.
Paling menyentuh hati adalah apabila Elliza turut berkongsi tentang janji yang pernah dibuat mereka sebelum ini.
Allahuakbar, kau pergi syurga jangan lupa tarik aku nanti tau!
Dah janji kan?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa pilu dengan pemergian aktres tersebut.
Sebelum ini, Elliza memaklumkan bahawa Lydia telah menghembuskan nafas terakhir pada petang Khamis.
Terdahulu, Elliza mendedahkan Lydia sebenarnya telah hampir lapan tahun berjuang melawan penyakit autoimun yang semakin serius apabila turut menjejaskan beberapa organ dalam tubuhnya.
Pada Rabu, Elliza memaklumkan Lydia berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan rapi di hospital, selain merayu orang ramai agar terus mendoakan kesembuhan sahabat baiknya itu.
Sumber: Threads