berita

Lynnzay Affandy Muncul Dengan Single Ke Dua “Angel Dust”

November 2nd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Lynnzay Affandy sebelum ini pernah muncul dengan single pertama berjudul ‘Jejaka Idaman 2.0’ baru-bau ini telah melancarkan lagu terbaru ciptaannya sendiri berjudul ‘Angel Dust.’

Lagu tersebut dinyanyikan dalam versi bahasa Inggeris bersama penyanyi hip hop underground yang dikenali sebagai ‘Tactmatic.’

Single terbaru Lynnzay ini merupakan susunan muzik yang rancak serta segar. Ia juga merupakan hasil susunan Tactmatic iaitu rapper yang turut menyanyikan lagu tersebut.

Bagi menghasilkan sesuatu yang unik, Lynnzay telah mengarahkan sendiri klip videonya dan ia turut dibantu oleh pihak produksi yang dikenali sebagai L.A Creation. Menerusi klip video yang dipaparkan, Lynnzay telah memilih elemen drama pendek yang berunsurkan percintaan serta menyelitkan beberapa eleman tarian sebagai penyeri klip video ‘Angel Dust.’

Apa yang menarik mengenai klip video ini, Lynnzay telah menggunakan penari yang bersaiz besar dan kedua-kedua penari tersebut merupakan pereka tari untuk klip videonya.

Jom layan klip video “Angel Dust” selepas ini.

SKIP THIS AD ×