Acara Fun Run yang paling dinanti-nantikan ramai kembali lagi buat tahun ini!

Istimewa bersempena sambutan ulang tahun ke-25 M K Land, mereka berbesar hati untuk mengadakan acara larian sepanjang 5km yang bakal berlangsung pada 28 Julai nanti!

Haa.. apa lagi, korang dah bolehlah sediakan sports gear masing-masing!

Hadiah wang tunai sehingga RM1000

M K Land Fun Run 2024 akan diadakan di Damansara Perdana, The Rafflesia @ Hill. Kawasan ini merupakan puncak tertinggi di Petaling Jaya dan merupakan salah satu projek utama M K Land.

Tujuan utama mereka mengadakan larian ini adalah bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan komuniti di kalangan penduduk setempat.

Sambil-sambil itu, korang juga dapat tenangkan fikiran dengan menikmati pemandangan indah kabus tebal di waktu pagi di sepanjang lereng bukit di The Rafflesia @ Hill.

Paling best, lima orang pertama yang berjaya menamatkan larian paling awal mengikut kategori masing-masing bakal membawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM1,000!

M K Land Fun Run 2024 menawarkan dua kategori larian iaitu 5KM Trail Run dan 5KM Road Run, jadi korang boleh pilih yang mana sesuai dengan kemampuan korang.

Setiap pelari akan menerima t-shirt acara, bib larian berserta pingat penamat.

Cabutan bertuah tawar pakej penginapan percuma!

Bukan hanya  hadiah menarik ditawarkan untuk acara larian, tapi M K Land juga nak bagi korang macam-macam hadiah istimewa menerusi cabutan bertuah!

Ombak Villa Langkawi

Antara hadiah yang menanti korang adalah penginapan percuma selama tiga hari dua  malam di resort M K Land seperti Ombak Villa Langkawi dan Bukit Merah Laketown Resort.

Selain itu, ada pelbagai lagi aktiviti menarik menanti korang di M K Land Fun Run 2024!

Daftar di Ticket2u

Dah tak payah fikir-fikir lagi, jom bawa keluarga dan kawan-kawan untuk sama-sama sertai M K Land Fun Run 2024!

Pembelian ticket boleh dibuat melalui laman web rasmi Ticket2u di SINI.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Fun Run 2024 korang boleh follow laman sosial media rasmi M K Land di SINI.