berita

‘Ma Sentiasa Ada Dengan Aku. Tapi Tu Dulu’ – Ibu Issey Meninggal Dunia

July 24th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Ibu kepada pelawak, Issey Fazlisham iaitu Asiah Haron, disahkan meninggal dunia pada pukul 3.40 petang semalam akibat serangan jantung. Menerusi Instagram Issey, dia berkongsi berita pemergian ibunya itu serta meninggalkan kapsyen luahan hatinya selepas kehilangan insan tersayang. Al-fatihah.

Ma sentiasa ada dengan aku

https://www.instagram.com/p/B0RNr-4gT98/

Menurut Issey, ketika dirinya stress, ibunya merupakan tempat dia mengadu dan meluahkan segalanya. Tidak kisah pukul berapa, ibunya tetap sentiasa ada. Selepas ini, semua itu sudah tiada lagi. Namun, tanggungjawabnya sebagai seorang anak memandikan dan mengkafankan jenazah berjaya dilaksanakan olehnya.

Ucapan takziah rakan artis

Rata-rata rakan artis dan netizen mengucapkan salam takziah buat Issey dan keluarganya. Mereka turut berasa sedih atas pemergian ibu kepada pelawak itu.

Sumber: Issey

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×