berita

‘Maaf Aku Tak Sempat Kucup Dahi Kau Bro’ – Zul Ariffin Bergegas Ke Jakarta Lawat Ashraf Sinclair

February 19th, 2020 | by faris
Kini Trending

Pemergian Ashraf Sinclair bukan sahaja ditangisi keluarga, malahan rakan-rakan artis turut sama tumpang berduka. Tidak ketinggalan terkesan dengan kematian aktor Gol & Gincu ini adalah Zul Ariffin yang meluahkan kisah suka duka sepanjang perkenalan mereka.

Ke Jakarta secepat mungkin

https://www.instagram.com/p/B8vV_U9B-pw/

Zul yang bergegas terbang ke Jakarta setelah menerima perkhabaran duka berkenaan sahabatnya itu bagaimanapun tidak sempat berjumpa dengan arwah untuk kali terakhir.

Aku kat sini bro, datang secepat mungkin, tapi aku tak sempat solat jenazah, usung dan kucup dahi kau untuk kali terakhir.

Bro, rasa macam baru semalam kita lepak di restoran mamak di Johor, gelak sakan pasal perjalanan kita bersama. Kau kawan sejati aku pertama dalam industri. Dari zaman shoot model, sama-sama kena reject hinggalah ketika aku gelak besar masa kau cakap nak berlakon.

Mereka akhirnya digandingkan bersama dalam filem J Retribusi, sekuel J Revolusi yang dijadualkan tayangannya pertengahan tahun ini.

Tambah kelakar bila kau cakap aku pun patut berlakon juga jadi kita boleh berlakon bersama. Bunyi macam idea tak masuk akal masa tu, tapi tengoklah kita hari ni, 10 tahun kemudian, jadi watak antagonis dan protagonis bersama. Tak siapa sangka kita boleh pergi sejauh ni.

Muka bercahaya cerita Bunga, keluarga

Ujar Zul lagi, ketika penggambaran, mereka tidak merasakan seperti berlakon kerana menikmati setiap detik mereka akhirnya bekerjasama setelah lama bersahabat.

Penggambaran sangat mengujakan, main kejar-kejar naik bot, tak rasa macam berlakon, gelak-gelak macam budak kecil. Aku sangat bersyukur hajat kita nak bekerja bersama akhirnya tercapai. Aku tahu kita akan enjoy bersama mempromosikan filem ini bersama.

Muka kau terus bercahaya masa cerita pasal isteri dan anak, pasal keluarga, kau teruja ceritakan semua. Sampailah Bunga telefon masa tu dan kau gedik dan mengada, rasa nak campak teh tarik kat muka. Haha.  Tu bukti kau sayang isteri dan keluarga kau yang semua orang impikan bro. Kau memang patut dapat semua tu sebab kau memang baik. Aku rindu kau bro. Alfatihah.

Sumber: Zul Ariffin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×