berita

‘Maaf, Saya Tak Mampu’ – Hos Dedah Sebab Tidak Neutral Ketika Debat Vaksin

February 17th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Sesi perdebatan membabitkan isu pengambilan vaksin antara Dr Nurul Huda (doktor freelance) dan pakar perunding pediatrik, Dato’ Dr Musa Mohd Nordin mendapat perhatian meluas di laman sosial.

Setelah selesai sesi itu, Dr Nurul Huda telah membuat dakwaan pihaknya tidak diberi penerangan sebelum rancangan live itu disiarkan pada malam Jumaat lalu. Hos Syafinaz Yunus kemudiannya menjawab dakwaan dia tidak bersifat neutral dalam sesi berkenaan.

Mula mengkaji sejak 2014

https://www.instagram.com/p/Bt8aprrDfRG/

Menurut Syafinaz, dia telah mengkaji mengenai golongan anti-vaksin atau pro choice selain vaksin sejak 2014 untuk laporan khas stesen TV Alhijrh. Dia berjumpa dengan golongan pro choice, doktor dan alim ulama untuk mendapatkan pandangan lebih luas mengenainya.

Kebimbangan mengenai kelompok imuniti yang berkurang kerana pertambahan golongan anti-vaksin membuatkan Syafinaz bimbang sebagai seorang rakyat Malaysia juga ibu.

Tambahnya lagi, dia tidak mampu bersikap neutral apabila statistik kematian di Malaysia, Filipina, Amerika Syarikat dan Britain semakin bertambah kerana program vaksinasi gagal.

Dia beranggapan sebagai seorang rakyat, dia bertanggungjawab dan akan tetap berkata benar walaupun keseorangan menghadapi isu sebegini.

Jangan terlalu mengecam pro choice

Syafinaz yang juga bertugas sebagai pembaca berita turut mengulas mengenai soalan ‘panas’ yang diajukan kepada Dr Nurul Huda di akhir rancangan. Soalan tersebut antara lain bertanyakan mengenai jika pandangan ulama yang mengharuskan vaksin pun ditolak golongan pro choice, maka pandangan siapa yang perlu diambil kira.

Saya letakkan soalan itu sebagai soalan terakhir, dengan harapan masa tidak mencukupi utk tidak mengajukan soalan ini.

Namun Allah lah sebaik-baik Perancang. Cuma satu, saya harap sahabat-sahabat tersayang jangan terlalu berlebihan dalam mengecam golongan pro choice.

Objektif program Analisis semalam tidak lain hanyalah mahu memberi kesedaran & memberi rakyat peluang untuk menilai mana yang baik & mana yg lebih besar mudaratnya. Semoga adab ilmu itu sentiasa menjadi pegangan kita.

Sumber: Syafinaz Yunus

SKIP THIS AD ×