berita

“Maaf Saya Tak Tahu Apa-apa” – Fadzil Zahari, Adik Farid Kamil

December 6th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Menerusi laporan sebuah blog tempatan, Farid Kamil dikatakan telah melanggar peraturan pemakaian untuk golongan tentera, memandangkan pelakon dan pengarah muda ini telah memakai uniform yang menyerupai ala tentera yang berpangkat tinggi.

Menurut Seksyen 140 Kanun Keseksaan, tindakan yang dilakukan oleh Farid sewaktu majlis resepsinya minggu lalu boleh menyebabkan dirinya dipenjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau denda yang boleh sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya sekali. (Rujuk perenggan ke-11 blog Hazrey)

Dalam pada itu, pihak OHBULAN! telah menghubungi Farid bagi mendapatkan maklum balas daripada pihaknya berhubung isu tersebut, namun panggilan yang diberikan tidak dijawab. Oleh itu, kami telah menghubungi salah seorang ahli keluarga Farid, iaitu Fadzil Zahari berhubung kes tersebut.

Menurut Fadzil, dia sendiri tidak tahu cara pemakaian Farid adalah salah dan tidak tahu bagaimana Farid boleh mendapatkan uniform tentera tersebut.

Oh, maaf saya tak tahu apa-apa dan tak berani nak komen. Saya hanya uruskan majlis resepsi untuk sebelah Farid di Kedah sahaja, jadi untuk majlis resepsi sebelah Diana saya tak tahu apa-apa. Saya pun tak ada info untuk uniform tersebut.

“Rasanya lebih baik tanya hal tersebut kepada Farid sendiri,” komen Fadzil mengenai isu pemakaian tersebut.

SKIP THIS AD ×