berita

‘Maafkan Abang. Abang Tak Tahu Ini Yang Terakhir Kita Bersama’

January 22nd, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Menerima hakikat insan tersayang pergi buat selamanya merupakan sesuatu yang sangat perit untuk dihadapi. Selama bertahun-tahun hidup bersama, siapa sangka si dia meninggalkan kita sekelip mata sahaja. Yang tinggal hanyalah memori terindah yang menjadi kenangan.

Seperti perkongsian seorang lelaki di Facebook, isterinya meninggal dunia dipercayai berpunca daripada sakit kepala. Selain suami, arwah meninggalkan dua anak yang masih kecil.

Terima kasih hadiahkan dua permata

Abang,
Kita tak pernah ada gambar berempat bila time cuti kan
18-01-2020
Celebrate birthday saya

Maafkan abang. Abang tak tahu ini yang terakhir kita bersama. Abang tak tahu kat mana nak luahkan. Biar abang titipkan disini kenangan terakhir kita. Untuk pengubat rindu. Terima kasih hadiahkan dua permata.

Sangat sedih dengan pemergian isteri, suami memohon maaf kerana tidak tahu kenangan ini merupakan yang terakhir buat mereka sekeluarga. Gambar selfie yang diambil sendiri oleh arwah isteri ini menjadi pengubat rindu anak-anak yang masih belum mengerti.

Abang sentiasa menunggu sayang

Abang sentiasa menunggu sayang hadir dalam mimpi-mimpi abang. Abang mengharap sangat. Setiap kali Zulaikha tersenyum atau gelak sorang-sorang, abang tahu sayang ada ketika tu.

Babah, Ammar & Ika @ Rania Terlalu Sayang akan Rindukan Ibu

Nordiana Bidin
Always in Our Heart
Indah pemergianmu

05/07/1984 – 20/01/2020

Tidak dapat dibayangkan kesedihan yang dihadapi, suami berterima kasih kerana telah menghadiahkannya dua permata hati. Sentiasa menunggu sang isteri hadir di dalam mimpi, video terakhir dari isteri ini akan menjadi tatapannya sepanjang masa.

Video terakhir dari isteri

“Last video from her…..”

Buat yang mengenali isteri saya Nordiana Binti Bidin.

Isteri saya sudah kembali ke rahmatullah jam 10 lebih tadi. Minta sama-sama doakan arwah isteri saya di dalam rahmat dan kasih sayang Allah Taala.

Semoga pengakhiran khusnul khatimah

Sumber : Azlan Adnan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×