berita

Mabuk & Berkelakuan Lucah, Pelakon Didenda RM20..Rupanya Tersenarai Sebagai Orang Dikehendaki

January 11th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Gara-gara mabuk dan membuat kacau di sebuah restoran di Damai Plaza Luyang pada 5 Januari lalu, pelakon dan bekas model iaitu Persana Avril Sollunda didenda RM20 oleh Mahkamah Majistret, Kota Kinabalu, Sabah.

Pelakon didenda RM20

Tertuduh yang berusia 40 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut sebelum dia diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara sehari sekiranya gagal membayar denda RM20, namun tertuduh telah membayarnya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 510 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara hingga 10 hari atau didenda tidak melebihi dua puluh ringgit atau kedua-duanya sekali sekiranya sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dilihat mabuk, gagal mengawal diri, berkelakuan tidak senonoh serta mengganggu pelanggan lain sehingga pekerja restoran terpaksa memegangnya bagi mengelakkan tertuduh daripada terus membuat kacau.

Tersenarai sebagai orang dikehendaki

Susulan daripada itu, tertuduh direman selama lima hari untuk siasatan dan hasil semakan lanjut mendapati tertuduh mempunyai rekod kesalahan lampau mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Nama tertuduh turut tersenarai sebagai orang dikehendaki di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi kesalahan mengikut Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 yang dilakukan pada 2016.

Terdahulu, tertuduh pernah ditularkan di media sosial kerana berkelakuan lucah di Petaling Street Kuala Lumpur dan kesalahan itu disiasat mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan. Tertuduh kemudian dikenakan Bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM4,000 bagi tertuduh.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×