berita

Macam Hotel Bertaraf Lima Bintang, Ini Pengalaman Mengujakan Bersalin Di UK

May 30th, 2019 | by Amirul Asraf
Kesihatan & Hidup Aktif

Melahirkan seorang zuriat ke dunia bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dilalui seorang ibu semata-mata untuk memastikan anak dilahirkan sihat. Ada yang bernasib baik dapat pengalaman bersalin yang best manakala, ada pula yang terpaksa melalui kepayahan semasa proses tersebut.

Menerusi Facebook Abdul Halim, lelaki tersebut berkongsi kisah pengalaman bersalin isterinya di Manchester University Hospitals, United Kingdom. Melalui perkongsian tersebut, dia berkongsi kisah wakil social health yang datang ke rumahnya sebulan awal untuk memastikan persiapan bersalin isterinya berjalan lancar. Wow bestnya!

Sebulan sebelum due date

Wakil social health datang ke rumah check barang-barang apa yang sudah beli untuk persiapan sambut bayi lahir. Seperti baby car seat, baby cot, pakaian bayi dan lain-lain. Kalau tak beli lagi, seminggu lepas tu dia mari check pula tanya khabar, kalau tak beli juga, tindakan undang-undang akan dikenakan.

Kalau tak ada duit nak beli lagi, inform saja pada mereka, nanti mereka akan berikan peruntukan kewangan untuk dapatkan barang-barang bayi. Paling penting semua kelengkapan bayi tu cukup sebelum dilahirkan. Tapi alhamdulillah, semua barang sudah beli belaka, walaupun sepanjang tempoh kehamilan bini saya macam-macam barang baby dapat secara percuma.

Macam mana persediaan suami?

Lepas tu dia tanya lagi, apa persediaan kita untuk sambut bayi ni, persediaan suami macam mana? adakah suami akan membantu atau beri tekanan untuk sambut bayi ni. Dia check kebersihan rumah, dalam bilik, dapur semua dia masuk check, termasuk binatang peliharaan pun dia tanya dan catit. Kalau suami tidak membantu dan lihat muka isteri monyok unhappy dan stress dia akan catat dalam note, jika berlaku apa-apa pada isteri, suami kena tindakan undang-undang pula.

Dia tanya lagi, nak bersalin di hospital, rumah atau birth center. Kalau di hospital boleh bersalin dalam air, atas katil atau nak czer. Tapi dia galakkan czer walaupun ada pendarahan akan berlaku. Mereka lebih kepada beranak secara normal atau natural birth. Ibu boleh buat pilihan asalkan ibu gembira dan tidak stress. Undang-undang dekat sini tidak paksa ibu hendak bersalin di rumah, asalkan ibu selesa dan kena beritahu midwife supaya pihak hospital boleh tuurn membantu.

Hanya doktor perempuan sahaja

Sepanjang kehamilan dan bersalin isteri saya, semuanya midwife dan doktor perempuan sahaja. Doktor-doktor pelatih tidak dibenarkan ada bersama ketika nak bersalin. Kalau ada pun, dia akan minta kebenaran dengan tuan empunya badan dulu. Kalau tak nak, doktor-doktor pelatih itu tidak boleh ada sekali. Semua urusan bersalin hanya midwife yang berpengalaman sahaja. Midwife sentiasa akan menemani ibu yang bersalin, memberi kata-kata semangat sehingga bayi selamat dilahirkan. Jika rasa nak menjerit, jeritlah sekuat hati pun tak apa, midwife tak marah, malah dia galakkan buat gitu.

Kisah selepas bersalin pula, alhamdulillah lepas bersalin normal, sikit pun tidak kena gunting atau potong untuk bukaan itu lebih cepat. Midwife akan pantau sahaja dan memberi cadangan duduk atas bola besar agar bukaan lebih cepat dan selamat. Labour room pun cukup-cukup selesa dilengkapi tv, katil dan tempat mandi. Boleh makan dan minum, terpulang pada si ibu nak buat apa sementara menunggu bukaan bersalin. Saya pun boleh teman sebab sorang ibu satu bilik khusus untuk bersalin.

Vaksin bayi hak masing-masing

Bab suntikan vaksin pada bayi pun dia tidak paksa sebab hak masing-masing (Human Right). Hospital tak paksa dan menghormati ibu bapa beragama islam yang sensitif dengan kandungan khinzir dalam vaksin. Begitu juga family planner, nurse tak boleh nak membebel-bebel anak kecil lagi dah nak beranak. Sini terpulang, selagi boleh beranak, beranaklah ramai-ramai. Kerajaan sedia membantu sepenuhnya tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. Sangat positif.

Lepas bawa balik baby, esok harinya jugak social health akan datang check baby dan tanya kesihatan ibu. Bab baby ni dia check habis semua sekali. Dia akan pastikan baby ni tidak ada apa-apa kecederaan mahupun penderaan. Kalau ada, automatik pihak polis akan datang rampas baby kita sebab tak pandai jaga. Baby tak boleh tidur sekatil dengan parents, kena tidur atas katil khusus untuk dia sendiri. Tak boleh tidur sekatil dgn mak ayah sebab ianya menyalahi undang2 di sini.

Alhamdulillah boleh baby boy sunat terus lepas sebulan dua. Kalau baby girl jangan cari pasal, nanti baby girl tu kena rampas terus dengan social workers dan parents akan didakwa dan dipenjara. Alhamdulillah, semuanya selamat tanpa dikenakan bayaran satu sen pun, malah dapat free lagi barang-barang bayi oleh pihak hospital.

Sumber: Abdul Halim

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×