berita

‘Macam Masih Dijajah’ – Nadhir Nasar Respon Video Tular Remaja Tak Kenal Tunku Abdul Rahman

May 29th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan beberapa orang remaja tidak mengenali tokoh-tokoh dalam sejarah negara namun apabila diajukan soalan tentang selebriti popular mereka dapat menjawab dengan pantas dan betul.

Artikel Berkaitan: Angel Dolla Jawab Dakwaan Ada Hubungan Istimewa Dengan Nadhir Nasar – ‘Saya Gembira Bila…’

Artikel Berkaitan: Nadhir Nafi ‘Tweet’ Berniat Sindir Penyanyi Bermasalah

Nasihat Nadhir

Menerusi ciapan di Twitter, pelakon Nadhir Nasar, 26, menegur sikap segelintir golongan muda atau generasi Z yang kurang mengambil tahu tentang sejarah negara.

Belajarlah sejarah kamu supaya ia tidak berulang kembali. Ilmu sejarah sangat penting supaya kita dapat elak kesilapan lampau.

Betul ke kita ni merdeka? Macam masih dijajah je.

Dalam masa yang sama, pelakon Projek: High Council itu juga menegaskan bahawa ciapan tersebut juga adalah peringatan untuk diri sendiri.

Tweet ini adalah pesanan kepada diri sendiri.

Netizen setuju

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan Nadhir dan menyifatkan generasi muda zaman kini terlalu taksub dengan hiburan.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×