Anugerah Juara Lagu (AJL35) bakal membuka tirai tidak lama lagi dan sudah tentunya segala persiapan telah dilakukan sebaiknya oleh semua finalis. AJL35 bagi tahun ini ditampilkan agak sedikit berbeza tanpa kehadiran dan kemeriahan dari penonton.
Walau apa jua cabaran, semua finalis menjanjikan persembahan yang terbaik termasuk juga Amir Masdi yang pertama kali menjejakkan kaki di pentas akhir. Namun disebalik keterujaan tersebut, Amir mengakui sedikit janggal kerana bakal melakukan persembahan tanpa kehadiran peminat.
‘Memang pergi kelas vokal’
OHBULAN! sempat menemubual salah seorang finalis AJL35 iaitu Amir Masdi yang akan mempertaruhkan lagu Kau Sakiti ciptaan komposer dan penulis lirik Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo dan Mage. Jelas Amir, terdapat sedikit kesukaran melakukan latihan tatkala negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Persiapan dari segi persembahan, agak susah disebabkan banyak benda yang tak dapat nak buat sebab kena jaga SOP dan safety semua orang. Banyak juga yang cancel and kena ubah last minute. Satu persiapan yang lain and first time experience benda macam ini dan untuk AJL pula tu. Manakala, dari segi vokal, saya pergi kelas vokal dengan Cikgu Shafi dan kat rumah practice macam biasa tapi ada juga hari-hari yang saya rehat.
Selain itu, Amir turut meluahkan rasa teruja menanti malam final bertanding bersama barisan penyanyi ‘otai’ seperti Dato’ Jamal Abdillah, Aishah dan ramai lagi.
Ditanya mengenai persembahan yang bakal dilakukan di atas pentas tanpa kehadiran penonton, Amir mengakui sedikit gementar. Katanya, sebagai penyanyi dia memerlukan tenaga dan sokongan dari penonton untuk menyampaikan karya ini.
Kurang nervous tu, tidak. Lagi nervous ada lah sebab supporter tak ada kat situ dia macam pergi perang seorang diri. Bagi saya, saya perlukan crowd and penonton. Tak ada penonton, energy dengan adrenaline rush tu tak sampai balik kat penyanyi. Jadi, macam lemau sikit. Nak tak nak kali ini saya kena anggap dia orang ada depan saya dan saya kena push diri sendiri untuk dapatkan energy tu.
Finalis Kau Sakiti ini bagaimanapun mengharapkan lagu tersebut mendapat perhatian pendengar disebabkan oleh mesej yang kuat. Tambahnya, dia berjanji akan menyampaikan lagu ini sebaik yang mungkin untuk penonton semua.