Pelakon drama Tragedi Seri Mersing pada tahun 1985 iaitu seniman Dato’ Zukifli Zain dilaporkan meninggal dunia 7.30 malam tadi. Beliau menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Ukay Perdana, Hulu Klang. Allahyarham meninggal dunia dipercayai menghidap komplikasi pelbagai penyakit meninggalkan seorang balu iaitu Datin Normala Omar dan lima anak serta tujuh cucu.
Kesihatan arwah semakin merosot
Berita sedih ini disahkan anak sulung arwah iaitu Dr Norzizi Zulkifli dan berkongsikan masalah kesihatan yang dihidap bapanya.
Memang sejak seminggu ini keadaan kesihatan arwah semakin merosot. Makan pun tiada selera. Selalu kalau saya dukung dia, badan dia boleh bergerak, tapi kali ini sangat lemah. Kalau bercakap dengan dia pun, tidak ada tindak balas diterima.
Hanya saya dan adik, Norzazleen sempat berada di sisinya pada saat akhir. Arwah pergi dalam keadaan mengejut tapi cukup tenang.
Macam tak percaya
Sejujurnya, sampai saat ini saya macam tak percaya yang dia sudah tiada.
Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Ukay Perdana dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, esok. Cuma masa sahaja belum dapat ditentukan lagi.
Sumber: BH Online