berita

‘Macam Tak Serik-Serik Pulak Dia Ni’ – Selesai Isu Berlian Palsu, Aishah ‘Diserang’ Netizen Mulut Puaka

July 8th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Isu berlian palsu yang berlaku antara penyanyi Aishah dan usahawan kosmetik Dato Seri Vida (DSV) berakhir dengan baik apabila mereka bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah.

Ekoran kes itu, ada netizen yang berpusu-pusu ‘menyerang’ Instagram Aishah dengan komen-komen berbaur kecaman ke atas penyanyi itu.

Instagram bukan tempat maki hamun

Menurut Aishah, walaupun Instagramnya disetkan pada mode umum, namun itu tidak membolehkan sesiapa sahaja untuk mengeluarkan kenyataan maki hamun sesuka hati. Tambahnya lagi, individu terbabit pernah ‘buat hal’ suatu ketika dulu dan mengulanginya sekali lagi.

Dua tiga hari ni, ramai yang buat dosa overtime maki hamun umpat cerca, sedangkan pihak yang terlibat sudah pun selesaikan kes yang dipertikaikan. Walaupun ada yang kata IG account kita kalau kita open menjadi public domain, adakah itu bermakna yang uolls boleh maki hamun sesuka hati? Seperti seorang teman penggiat seni komen,’menulis seperti tak ada agama’.

Mungkin kita selesa yang kita menaip cercaan kita di rumah, pejabat atau di mana-manalah yang kita rasa selamat, tetapi jangan lupa di kiri dan kanan kita sentiasa 24/7 ada yang mencatit perbuatan kita. Orang yang mencerca ni dulu dah buat hal sekali, nak komen beri hujah takkan sampai menghina.

Dulu buat video mohon maaf

Ujar penyanyi Janji Manismu ini lagi, dia pernah membuat laporan polis berkenaan isu tersebut, namun mendiamkan diri setelah individu terbabit membuat permohonan maaf.

Dulu I dah buat police report dah tetapi memandangkan yang dia buat video mohon maaf I simpan je police report tu. Harini, macam tak serik-serik pulak dia ni. Kalau I ikut hati, mau je I proceed laporkan menggunakan akta yang berkaitan.

Tetapi bila I tengok, bekas banduan aircond serviceman yang berlindung disebalik account ‘media’ kononnya ni, followers pun dari first dia mencaci I dulu,tak cecah 200 pun. Why should I waste my time on people like this. Tapi, I tak setuju yang netizens merasakan mereka bebas mencaci orang di alam maya.

Sumber: Aishah

The following two tabs change content below.