berita

‘Macamlah Menteri Agama Ini Bodoh Sangat..’- Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa

October 8th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Sejak beberapa hari lalu, isu mengenai khalwat hangat dibincangkan netizen di laman sosial media. Ini semua bermula apabila sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memetiknya sebagai berkata, pihak berkuasa tidak lagi akan mengetuk pintu pada waktu malam untuk menjalankan operasi khalwat serta kegiatan maksiat lain.

Tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menafikan perkara itu keluar dari mulutnya. Malah dia berasa kecewa dengan sikap agamawan tertentu yang mengkritiknya secara melulu. Baca penjelasan dari Mujahid.

“Ada yang bercakap ini agamawan, mereka yang dihormati masyarakat”

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ternyata kecewa dengan sikap sesetengah agamawan yang mengkritiknya tanpa mendengar penjelasannya terlebih dahulu. Mujahid berkata, mereka sepatutnya menunggu penjelasannya sebelum memberi pandangan berhubung perkara itu jika mereka menghormatinya.

Ada sesetengah orang tidak tengok transkrip penuh (yang dimuat naik di Facebook Mujahid), hanya ambil tajuk lalu maki hamun dan cerca. Macamlah menteri agama ini bodoh sangat, macamlah menteri agama ini tak ada agama dalam diri dia.

Kalau yang cakap itu orang di media sosial saya tidak kisah kerana bukan peringkat kita nak bincang dengan mereka, tetapi ada yang bercakap ini agamawan, mereka yang dihormati masyarakat.

Paling tidak, ambillah sikap meminta penjelasan daripada menteri dulu apa sebenarnya yang dikata, jika kita hormat dia tapi kalau tak hormat dia, memang dari awal lagi akan belasah.

Akhirnya apabila saya tegur kesilapan tajuk itu dan minta mereka baca transkrip sepenuhnya, mana kita nak letak muka.

Tambah Mujahid, dia tidak mempertikai kuasa jabatan agama untuk membanteras kegiatan maksiat, sebaliknya mencari solusi bagaimana ia boleh dilaksanakan secara lebih bertanggungjawab serta tidak mencemarkan prinsip Islam sebagai rahmatan lil alamin (rahmat buat seluruh alam).

Saya tidak akan cakap melainkan tahu apa yang saya bicarakan. Jangan pandang rendah orang, kita semua mesti terbina di atas pengetahuan.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×