berita

Macho, Aktif Bersukan! Kenali Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Yang Jadi Kegilaan Wanita Arab

May 25th, 2019 | by Shafika
Lensa Insta

Mempunyai lebih 8 juta pengikut di laman Instagram, Putera Dubai, Sheikh Hamdan bin Mohammad Al Maktoum telah menjadi kegilaan ramai gadis-gadis seluruh dunia. Bukan sahaja pernah dinobatkan sebagai lelaki paling handsome di dunia, malah putera ini juga merupakan seorang billionaire muda.

Apa yang menariknya, putera kaya ini mempunyai hobi yang luar biasa selain mempunyai bakat berpuisi. Fuh memang tak hairanlah kalau ramai yang ketar lutut melihat Sheikh Hamdan yang juga dikenali sebagai ‘Prince Fazza’.

Putera Mahkota Dubai

Sheikh Mohammed bin Rashid Al Makhtoum merupakan anak keempat menggantikan abangnya sebagai Putera Mahkota Dubai pada tahun 2008. Setelah lulus dari Akademi Tentera Diraja Sandhurst, beliau menyertai pangkat alumni seperti Prince William dan Putera Harry.

Beliau juga memegang jawatan di Pusat Autisme Dubai dalam Majlis Sukan Dubai. Siapa ikuti beliau di laman Instagram, pasti tahu minat dan cintanya dalam dunia sukan ini.

Aktif bersukan

Seorang olahragawan yang sangat cekap dan aktif. Antara sukan kegemaran Sheikh Hamdan termasuk skydiving, menyelam laut dalam, perlumbaan kereta, jockeying dan berbasikal. Beliau juga telah menyertai banyak pertandingan menunggang kuda, memenangi pingat emas pada 2012 dan 2014 Alltech FEI World Equestrian Games.

Jurufoto yang hebat

Kalau dah nama orang kaya, memang hobinya akan mengembara ke seluruh dunia. Namun apa yang menariknya, beliau merupakan juru foto hebat. Tengoklah foto di Ig miliknya, memang power betul skill tangkap gambar!

Cintanya terhadap fotografi telah membawanya untuk menubuhkan Anugerah Fotografi Antarabangsa Hamdan yang bertujuan untuk memupuk bakat artistik dan menggalakkan penghayatan seni dan budaya.

Ayah Sheikh Hamdan, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum sangat berpengaruh seluruh dunia. Beliau juga dilihat sangat penyayang kerana sering memuat naik foto bersama keluarga beserta anak buahnya. Alahai dah la kaya, handsome, penyayang pulak tu!

Sumber : Instagram

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×