Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Madammu, mencuri perhatian netizen apabila menghadiahkan lembu kepada pembantu rumahnya dan pengasuh sempena ibadah korban tahun ini.

Artikel Berkaitan: Ayah Tinggalkan Saya Masa Usia 2 Tahun’ – Madammu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu ‘Stres’ Naik Kapal Terbang, Risau Fikir Nasib Anak-Anak – ‘Kalau Apa-Apa Jadi Pada Saya & Suami, Siapa Nak Jaga Mereka’

‘Terima kasih Madam’

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Madammu atau nama lengkapnya Eriyca Baiduri meluahkan rasa gembira apabila dapat menghadiahkan lembu kepada dua pekerjanya yang berasal dari Indonesia itu.

Madammu: Suka lah Bibik dapat lembu.

Bibik: Terima kasih Madam bagi bibik lembu.

Menurut Madammu, lembu tersebut dibeli khas untuk dikorbankan di kampung halaman pembantu rumahnya di Jakarta dan seekor lagi lembu turut dibeli untuk pengasuh anaknya, Kak Ria, di Bandung.

Lembu saya beli untuk bibik di Jakarta tu lebih kurang RM5,000 lebih duit Malaysia

Kalau untuk Kak Ria (pengasuh) murah sikit sebab di Bandung.

Tindakan Madammu itu menerima pujian ramai di ruangan komen. Rata-rata netizen memuji keprihatinan dan kemurahan hatinya dalam menjaga kebajikan pekerja di bawah jagaannya.

Mereka turut mendoakan agar Madammu dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber: TikTok