berita

MAHA Kini Kembali! Tahun Ni Lagi Best Sebab Akan Diadakan Secara Hybrid Tau!

July 25th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

MAHA ni kalau korang nak tahu merupakan antara event yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia tau sebab dekat sini lah korang boleh jumpa dengan pelbagai perniagaan SME dari seluruh Malaysia!

Bukan sahaja produk sedia ada, tetapi terdapat juga pelbagai produk baru berkaitan pertanian yang bersandarkan kepada teknologi terkini, inovasi-inovasi tempatan dan luar negara, strategi-strategi pemasaran dan pengeluaran yang efektif dan lain-lain pendekatan yang mampu membantu sektor tersebut.

Kalau korang nak tahu, penganjuran terakhir MAHA iaitu dari 22 November hingga 2 Disember 2018, telah berjaya menarik seramai 3.3 juta orang pengunjung dan mencatatkan hasil jualan sebanyak RM215 juta! 

Tahun ini, MAHA 2022 akan diadakan di MAEPS Serdang bermula pada 4 Ogos hingga 14 Ogos 2022 dengan tema ‘ Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’! 

Jom tengok apa lagi yang menarik di sana nanti!

Inilah masanya nak dapatkan segala produk pertanian, buah-buahan, bunga-bungaan yang fresh dan berkualiti!

Kalau dah jadi pusat pengumpulan segala jenis perniagaan dari petani, peladang, pekebun, pengembala korang mesti dah boleh agak lah jenis-jenis barangan yang dijual di MAHa 2022 ni kan?

Paling best sebab akan ada 13 pavilion negeri yang masing-masing mempunyai reka bentuk yang unik. Pavilion-pavilion negeri yang dijangka menampilkan ciri-ciri negeri-negeri di Malaysia termasuk produk, makanan, kebudayaan dan lain-lain yang boleh dinikmati oleh pengunjung.

Sangat memudahkan pengunjung! 

Satu lagi tarikan yang sentiasa popular dalam kalangan pengunjung adalah jualan bahan-bahan pertanian dan makanan antaranya ialah produk-produk Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) secara fizikal dan maya, buah-buahan dan sayuran segar, anak pokok dan bunga-bungaan, ikan, makanan laut segar serta kerang-kerangan.

Time ni la guys kita boleh jumpa buah-buahan yang tak ada dekat Kuala Lumpur ni! Lepas mengidam. 

Antara aktiviti lain yang ada pada MAHA 2022 ni ialah:

  1. Seminar dan Konvensyen
  2. Padanan Perniagaan
  3. Pelancaran Produk Pertanian
  4. Showcase Agro Teknologi dan Inovasi
  5. Agro Mall
  6. Mekanisasi
  7. Agro Pelancongan
  8. Agro Belia
  9. Empayar Makanan
  10. Jualan Segar
  11. MySeafood
  12. Promosi Hasil Pertanian
  13. Perikanan
  14. Ternakan

Korang juga boleh join Fun Run yang dianjurkan oleh MAHA ni tau!

Biasa lah sebelum event yang sebenar, mesti ada pre-event kan? Kasi teaser sikit! Sama lah macam event MAHA ni! 

Sebelum bermulanya event sebenar ada Fun Run yang korang boleh join. Hanya perlu beli tiket dekat SINI je. 

Tak sempat datang? Jangan risau, sebab  tahun ni MAHA diadakan secara hybrid!

Betul tu, event ini akan diadakan dengan kombinasi fizikal dan maya (virtual).

MAHA 2022 ingin beri peluang kepada semua untuk merasai pengalaman untuk ke event ini jadi mereka akan mengetengahkan pameran maya untuk sesi perbincangan, padanan perniagaan dan webinar secara langsung seolah-olah mengunjungi pameran secara fizikal.

Ia juga akan menggunakan pendekatan holistik dengan fokus kepada agroperdagangan, agrobelia, agroteknologi dan promosi hasil pertanian.

Best la macam ni! Tak ada seorang pun akan ketinggalan. Boleh duduk rumah dan menikmati segala yang disediakan.

Jadi, set reminder korang siap-siap untuk tarikh 4 Ogos hingga 14 Ogos ni ok! Jangan terlepas peluang keemasan ni! Untuk maklumat lanjut korang boleh klik dekat SINI!

 

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×