berita

Hamadi Sebenarnya Kena Tikam Banyak Kali! Ini Babak Sebenar Yang Dikongsi Norkhiriah Sebelum Kena ‘Potong’

April 26th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Tidak dapat dinafikan lagi drama Nur 2 arahan Shahrulezad mendapat perhatian rakyat Malaysia sejak episod pertama mula ditayangkan. Tampil dengan pelbagai mesej yang positif, Nur 2 juga turut menaikkan angin penonton kerana mempunyai pelbagai adegan yang mengejutkan. Sebagai contoh, babak Aisyah membunuh Hamadi ketika suaminya itu hendak merogol Suraya. Pasti korang puas hati dengan tindakan Aisyah, betul tak?

Menurut Shahrulezad di Facebook, sebenarnya banyak lagi babak dalam Nur 2 yang korang patut tengok. Namun, babak-babak tersebut tidak berjaya dilepaskan untuk tayangan di TV3.

Sangat sensitif untuk dipaparkan

Menurut Shahrulezad, babak yang mempunyai isu keganasan rumah tangga yang berlebihan tidak dapat ditayangkan sepenuhnya kepada penonton. Oleh itu, dia memohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang selesa terhadap visual yang disiarkan.

Antara babak yang tidak lengkap

 

View this post on Instagram

 

Ecah bahagia walaupun disebalik tirai…Maafkan Ecah bang..Org yg Ecah sayang hujung nyawa di tangan Ecah..Ecah dah tak mampu…itu yg korang nak Ecah buatkan..korang penah terpikir?..akak pun tak penah tpikir tp itulah hebatnya idea abam @budakijat..sb itu sabar..Ecah pasti btindak..hambek kaw bunuh tanpa niat terus nak tgk full tikam kena tgk kat iflix…kt tv bahaya..sekali je tikam lepasss… nak tulis caption panjang2 tak mampu lagi…sebak..syg Ecah weh..tima kasih semua yg menonton..sapa yg maki Ecah,Ecah dah maafkan..Ecah happy naw..puas atau tidak dengan akhirnya..itulah akhirnya..atas nama Allah Ecah luv #familynur.. tak tersebut satu2… sayang semua…Lillahitaala? @budakijat @fazli_radiusone @azhan_rani @aamyrarosli @syafiqkylez @fatimahabukar @jalaludinhassan @therajaatiqullah @azarazmi @eyra.hazali @jijiezainal @imanali71 @rienadiana_ @mathnirazak7 @kunamuzani @sefikkhair @onechinoiz_studios @ucheefukada @hakhisham @dramaradiusone @dramasangat #familynur?

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Menerusi Instagram Noorkhiriah, babak dia menikam Hamadi semasa episod terakhir sebenarnya panjang. Dia menikam lelaki tersebut berulang kali. Selain daripada babak tersebut, ada juga beberapa scene lain turut dipotong contohnya ketika dia ditampar apabila enggan mengikut suaminya itu pulang ke rumah asal.

Reaksi rakan artis dan netizen

Walaupun ada babak yang tidak ditunjukkan sepenuhnya, rakan artis dan netizen memuji lakonan yang mereka sampaikan. Ternyata ramai yang suka dengan tindakan watak Aisyah.

Sumber : Shahrulezad & Noorkhiriah