berita

Maharaja Lawak Mega Kembali, Anda Pun Mampu Jadi Pelawak Dengan Twitter!

November 19th, 2012 | by Ai
Shout Out!

Selepas satu musim yang penuh hangat dengan lawak-lawak yang menggelikan hati dan menggeletek perut, Maharaja Lawak Mega kembali lagi untuk musim kedua dan bakal menyaksikan pelawak-pelawak dari Malaysia, Singapura dan Indonesia berentap dalam satu pertandingan.

Musim lepas, kumpulan Osbon yang dianggotai oleh Mr Os dan Abon telah berjaya merangkul tempat pertama dan mengalahkan pelawak-pelawak lain. Tetapi pada tahun ini siapakah pula yang bakal memegang status pelawak terhebat? Jangan lupa saksikan Maharaja Lawak Mega 2012 bakal bersiaran pada 16 November 2012 jam 10 malam di Astro Warna & Mustika HD.

Namun OHBULAN! pasti anda mempunyai jenaka-jenaka yang tersendiri, kan? Dan dengan jenaka-jenaka itu, anda boleh memenangi hadiah-hadiah menarik seperti kamera dan Ipod Touch.

Peraduan “Mega Tweet Race” memberikan anda peluang untuk menonjolkan kehebatan anda sebagai seorang pelawak. Hanya dengan laman sosial Facebook & Twitter, anda boleh berkongsi cerita-cerita lawak dan langkahnya mudah sahaja.

Peraduan ini akan berjalan selama 6 minggu dan setiap minggu, 50 peserta paling gempak akan disenaraikan dan anda mungkin mampu memegang tempat pertama, siapa tahu kan? Namun, apa yang pasti, setiap minggu, 1 bakal pemenang akan diberikan Ipod Touch dan 2 tiket persembahan Maharaja Lawak Mega 2012 dan 9 orang akan diberikan 2 tiket Maharaja Lawak Mega 2012. Untuk hadiah utama, seorang bakal pemenang akan dihadiahkan kamera DSLR Canon EOS 60D.

Anda boleh mula ‘like’ Mega Tweet Race di Facebook dan mendaftar diri untuk memasuki peraduan yang bagi kami, sangat mudah. Hanya dengan menonton Maharaja Lawak Mega 2o12 dan menyertai peraduan ini, anda pasti takkan menyesal!

SKIP THIS AD ×