

Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru hari ini memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan pelakon Hafidz Roshdi selain jaminan dikembalikan berkaitan kes pukul bekas isterinya, Nurul Shuhada.
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi ‘Mengadu’ Setahun Tak Jumpa Anak-Anak, Shuhada Kongsi Keadaan Umar & Humairah – ‘Sihat Je Dekat Australia Ni’
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Terkilan, Beri Masa 24 Jam Untuk Individu Padam Fitnah Terhadap Ibu – ‘Saya Perlu Bertindak!’
Keputusan tetap

Difahamkan, keputusan itu dibuat oleh Hakim Nurul Izzah Hasan Basri selepas mendengar penghujahan kedua-dua belah pihak.
Mahkamah dengan ini memerintahkan OKT (Orang Kena Tuduh) dilepaskan dan dilepaskan. Jaminan juga dikembalikan.
Difahamkan, pada awalnya Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azizah meminta supaya kes tersebut dikategorikan sebagai dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) semasa perbicaraan pada Selasa.
Pun begitu, peguam mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader meminta supaya mahkamah mempertimbangkan anak buahnya dapat dilepaskan dan dibebaskan.
Saya dengan rendah diri memohon supaya Hafidz dapat dilepaskan dan dibebaskan kerana pengadu memang sudah tidak mempunyai hasrat meneruskan kes.
Ketika ditemui selepas perbicaraan, Akberdin menjelaskan ketidakhadiran Shuhada juga menjadi faktor mahkamah menetapkan keputusan itu.
Alhamdulillah mahkamah beri perintah untuk bebaskan dan lepaskan Hafidz sebab pengadu tak hadir dan pendakwa raya beritahu pengadu tidak berhasrat untuk teruskan kes.
Mahkamah dah bagi amaran terakhir untuk datang hari ini, tapi tidak datang juga.
Mereka minta ‘discharge not amounting to acquittal’ (DNAA). Saya jawab demi keadilan kena bagi ‘acquittal (AND) sebab pengadu tak berminat buat apa nak gantung.
Hafidz Lega

Sementara itu, Hafidz menarik nafas lega dan meluahkan rasa syukur selepas mendapat tahu kes yang melibatkannya selesai.
Alhamdulillah sekarang saya lega dan bersyukur. Saya tidak mahu bermusuhan, hanya mahu selesai cara baik sahaja.
Terdahulu, pada 13 Ogos lalu, mahkamah menetapkan perbicaraan kes pukul Hafidz diteruskan meskipun bekas isterinya telah menarik semula laporan terhadap tertuduh.
Difahamkan, Shuhada membuat keputusan untuk menarik semula laporan itu secara sukarela pada 6 Julai tahun lalu.
Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk Shuhada sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pukul 3.22 pagi pada 2 Mac 2023.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun bercerai pada Julai tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4 tahun.








