berita

‘Mahu Bayar Hutang, Jadikan Modal Bisnes & Baiki Rumah Lepas Bencana Alam’ – Antara ‘Plan’ Rakyat Malaysia Lepas Kerajaan Umum Pengeluaran Khas KWSP

March 17th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, kerajaan mengumumkan berita gembira apabila bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun keputusan yang sukar kerana membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Di Facebook, rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa gembira sebaik sahaja pengumuman tersebut dilakukan. Bukan itu sahaja, ada juga yang menyatakan hasrat dan perancangan mereka sekiranya wang tersebut berjaya dikeluarkan.

Dijadikan modal untuk berniaga

Rata-rata netizen memberitahu bahawa mereka ingin menggunakan wang pengeluaran KWSP kali ini sebagai modal untuk berniaga. Ini kerana, ada di antara mereka yang kehilangan pekerjaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini. Malah, ada juga yang kehabisan modal gara-gara jualan tidak laku semasa PKP. Selain itu, ada juga yang mahu membaiki rumah mereka kerana musibah dan bencana alam yang telah berlaku.

Guna sebaik-baiknya

Dalam pada itu, ada juga individu yang memberi nasihat kepada semua agar berbelanja dengan baik sekiranya sudah menerima duit KWSP tersebut. Menurut individu berkenaan, kita tidak mampu meramalkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Oleh itu, kita perlu bersiap sedia dari segi kewangan agar tidak susah di kemudian hari.

Menerusi Facebook Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pengeluaran khas tersebut terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun. Permohonan bermula 1 April sehingga 30 April secara online dan pembayaran akan dibuat bermula 20 April 2022. Amaun pengeluaran minimun sebanyak RM50 sehinga RM10,000. Ianya tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi simpanan Akaun 1 akan diakses.

Sumber: Facebook

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×