berita

Mahu Berdamping Dengan Suaminya, Bunga Cinta Lestari Tempah Liang Lahad Bersebelah Ashraf Sinclair

February 18th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Pemergian pelakon terkenal Ashraf Sinclair hari ini memberi kesan yang dalam buat isterinya, Bunga Cinta Lestari sehinggakan dia menempah liang lahad bersebelahan dengan makam arwah suaminya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif San Diego Hills, Suziani Japardy memaklumkan BCL ingin ditempatkan bersama suaminya di tanah perkuburan tersebut. Sebaknya.

Tempah liang lahad bersebelahan

Benar. Dari BCL minta karena beliau maunya berdampingan dengan suami tercinta. Sudah direncanakan untuk BCL-nya.

Tidak hanya menempah tanah perkuburan untuk suaminya, BCL juga terus menempah tanah perkuburan disamping suaminya sekali. Sebaknya melihat seorang isteri yang sangat mencintai suaminya.

Beliau cuma nggak mau yang single. Dia maunya berdampingan dengan suami. Yang hubungi BCL langsung melalui Doddy manajernya telpon ke saya.

Manakala menurut pengurusnya, Doddy, BCL menolak untuk menempah satu makam untuk suaminya, lalu menyuruhnya menempah sepasang makam untuk menempatkan dirinya kelak.

Ramai sebak

Tanah perkuburan yang mewah

Persiapan pemakaman Ashraf Sinclair di San Diego Hills

Buat pengetahuan semua, tanah perkuburan San Diego Hills memang sangat terkenal kerana konsepnya yang lebih moden dan cantik. San Diego Hills ini terletak di Margamulya, Telukjambe Barat, Karawang Barat, Jawa Barat merupakan sebuah tanah perkuburan yang mewah.

Bukan itu sahaja, malah tanah perkuburan ini juga dijadikan sebagai tempat pelancongan bagi orang ramai melihat keindahan sebuah tanah perkuburan yang dijaga seperti taman.

Tanah perkuburan yang dijaga rapi

Persiapan pemakaman Ashraf Sinclair di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Selasa.

Berdasarkan website sandiegohills, harga paling murah di San Diego Hills pada bulan Februari 2020 adalah Rp 57 juta bersamaan RM17 ribu untuk satu liang lahad. Dilihat pada foto dikongsikan tidak hairanlah jika harganya agak mahal memandangkan tanah perkuburan ini terjaga baik dan rapi. Semoga arwah tenang dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

Sumber : Hotdetik, beedotcom

 

SKIP THIS AD ×