berita

Mahu Hidup Sebagai Haiwan, Lelaki Tempah Kostum Anjing Baka ‘Collie’

May 25th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seorang lelaki di Jepun mengambil keputusan untuk menjalani kehidupan sebagai seekor anjing dengan memakai kostum haiwan itu. Lebih mencuri tumpuan, kostum yang dipakai oleh lelaki tersebut sangat realistik. Wow!

Tempah kostum anjing

Foto: Zeppet Workshop

Seorang pengguna Twitter yang hanya dikenali sebagai Toco, menempah kostum anjing profesional tersebut daripada sebuah syarikat pakar dalam kesan-kesan dan model khas, Zeppet. Kostum bernilai hampir RM65,875 itu kelihatan amat realistik dan menakjubkan sehinggakan Taco kelihatan seperti anjing ‘Collie’ sebenar.

Menerusi laporan Oddity Central, kostum tersebut dijahit dengan tangan dan bulu sintetik turut digunakan bagi menghasilkan perincian sebenar anjing baka ‘Collie’. Kostum itu dipercayai mengambil masa selama 40 hari untuk disiapkan.

Kami menggunakan beberapa imej anjing Collie dari sudut berbeza, meningkatkan kegebuan bulu bagi menyembunyikan pelapik kostum sebaik mungkin dan menjadikan bahagian mulut boleh terbuka dan tertutup dengan sendiri. Setakat ini, pelanggan utama syarikat kami adalah syarikat-syarikat pengiklanan dan filem. Pelanggan individu hanya merangkumi sekitar 10 peratus daripada jumlah keseluruhan tempahan.

Kira-kira sebulan lalu, Toco menerusi saluran YouTube miliknya mengumumkan bahawa dia ingin berkongsi kehidupannya sebagai seekor anjing dengan seluruh dunia. Walau bagaimanapun, dia tidak dapat memberi jawapan ketika ditanya sebab ingin menjadi seekor anjing.

Sumber: Oddity Central

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×