berita

Mahu Martabat Tulisan Jawi, Hari Jumaat Diumum Sebagai Hari Jawi

July 10th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Bagi mengekalkan sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia, hari Jumaat telah diumumkan sebagai Hari Jawi bermula hari ini. Usul ini telah dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan mendapat sokongan penuh kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Guna tulisan Jawi bagi urusan rasmi

Kerajaan serius memartabatkan tulisan Jawi. Saya menyeru seluruh kementerian, jabatan, agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam usaha memelihara warisan negara ini.

Tambah Dr Zulkifli lagi, kerajaan mengambil serius dalam memartabatkan lagi tulisan Jawi dan menyerus agar seluruh jabatan, agensi dan kementerian bersatu dalam usaha ini.

Selain itu, tulisan jawi akan digunakan secara rasmi mulai hari ini dalam kepala surat rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi memartabatkan lagi tulisan itu.

Tulisan Jawi diiktiraf

Jelas Dr Zulkifli, Tulisan Jawi ini juga akan diperluas dengan digunakan dalam penyampaian maklumat menerusi platform sosial media rasmi yang berada dibawahnya.

Sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, tulisan Jawi ini diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan dan menyatakan bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi dan tulisan Melayu yang dikenali sebagai tulisan Jawi tidak dilarang penggunaannya.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×