berita

Mahu Meriahkan Industri Hiburan, Alha Alfa Lancar Single Bersama Zara Zya

December 28th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pengasas produk kosmetik Alha Alfa iaitu Datuk Seri Alha Alfa mendedahkan dirinya hanya mahu memeriahkan industri hiburan menerusi lagu sulung nyanyiannya bersama pelakon, Zara Zya.

Artikel Berkaitan: Serba Boleh & Berbakat! Netizen Tak Sangka Alha Alfa Boleh Menyanyi

Moga dapat kembangkan lagi bisnes

Ketika ditemui OhBulan!, Alha atau nama sebenarnya Abdul Al Halim Al Fadzil berkata, lagu ‘Cinta Teragung’ yang dilancarkannya itu diharapkan dapat membuatkan dirinya dikenali ramai sekaligus mengembangkan lagi perniagaan kosmetiknya.

Menurut Alha, dia menolak sebarang kemungkinan untuk dirinya menceburkan diri dalam bidang nyanyian.

Untuk menjawab mengenai itu, boleh saya katakan bahawa pelancaran single ini bukanlah untuk saya menjadi seorang penyanyi tetapi saya hanya cuba untuk memeriahkan industri nyanyian.

Sebabnya dalam kalangan selebriti ada sahaja yang berjaya dalam bidang perniagaan jadi saya juga cuba untuk bernyanyi.

Manalah tahu dengan lagu ini, ada rezeki untuk saya lebih dikenali sekaligus dapat menjadi platform buat saya mengembangkan lagi perniagaan saya.

Alha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya yang berjudul ‘Cinta Agung’ di The Roomah, Publika pada petang Khamis.

Ketika ditanya mengenai pemilihan Zara Zya sebagai pasangan duet, usahawan kosmetik itu memaklumkan bahawa dia dan Zara merupakan sahabat lama yang sering meluangkan masa berkaraoke bersama.

Saya dan Zara dah bersahabat lama dan selalunya kalau saya stres, dia merupakan antara kawan yang saya ada.

Dan saya tahu Zara pun memang pandai menyanyi, dari situ saya dan dia bercadang untuk hasilkan lagu sebagai satu kenangan terindah buat kami.

Saya pula jenis orang yang kalau nak buat sesuatu, tak ada rancang apa-apa dan kmi terus buat lagu.

Dalam pada itu, Alha menjelaskan dia sudah bersedia untuk menerima kecaman yang mungkin dilemparkan sesetengah netizen terhadap pelancaran lagunya itu.

Menurut Alha, kecaman merupakan satu lumrah buat seseorang itu selepas menceburkan diri dalam industri hiburan.

Sekadar info, lagu ‘Cinta Agung’ nyanyi Alha dan Zara Zya ini mendapat sentuhan komposer Yuka Kharisma dan video muziknya akan mula ditayangkan bermula tahun hadapan.

SKIP THIS AD ×