berita

Mahu Pasti Siasatan Lengkap, KJ Jumpa Ibu Bapa Remaja Didakwa Maut Selepas Ambil Vaksin Hari Ini

March 4th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, viral mengenai kisah pasangan suami isteri menggesa pihak berkaitan menjelaskan punca kematian anak tunggal mereka selepas beberapa minggu mengambil vaksin. Suami isteri tersebut berkata mereka sangat terkejut apabila punca kematian anak mereka, masih belum diketahui walaupun bedah siasat sudah dijalankan.

Lebih baik jumpa ibu bapa mendiang dahulu

Terbaru, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, akan bertemu ibu dan bapa seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang dikatakan meninggal dunia selepas pengambilan vaksin COVID-19 pada Januari lalu. Pertemuan itu dijangka diadakan di pejabatnya di Kementerian Kesihatan, hari ini.

Menurut Khairy, butiran kematian remaja itu bersifat peribadi dan mahu memaklumkannya terlebih dahulu kepada ibu bapa mendiang. Tambah beliau, pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan butiran hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa, kerana ia maklumat peribadi yang perlu disampaikan kepada ibu bapa remaja itu.

Saya rasa lebih baik saya berjumpa dengan ibu bapa mendiang sebelum ia dikeluarkan kepada umum, kerana ia membabitkan butiran kematian yang peribadi. Jika ia dipersetujui ibu bapa remaja terbabit, butiran itu akan dikeluarkan secara tanpa pengenalan, selaras dengan peraturan di KKM.

Mahu pasti siasatan lengkap

Ada yang tanya kenapa laporan kematian mendiang begitu lewat sedangkan kematian berlaku pada Januari. Ini disebabkan kita mahu memastikan siasatannya adalah lengkap. Bukan setakat bedah siasat selepas kematian, tetapi juga penghantaran sampel darah, sampel tisu ke makmal dan yang paling akhir kita menunggu laporan daripada Jabatan Kimia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Iniovasi (MOSTI) yang kita terima semalam. Sebab itu hari ini saya akan bertemu dengan ibu bapa mendiang.

Pada masa sama, Khairy menyatakan penilaian itu dilakukan oleh Jawatankuasa Farmakovigilans membabitkan laporan bedah siasat terhadap mangsa serta laporan terhadap sampel tisu yang dihantar ke makmal dan Jabatan Kimia.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×